Bukannya hanya nak taja pegi umrah. Rupanya ada satu benda yang Tmj buat pada Ebit Lew sampaikan dia sendiri rasa malu.

”Sebak dapat berjumpa TMJ. Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan.” Demikian perkongsian pendakwah terkenal, Ebit Lew melahirkan rasa terharu apabila DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkenan menerima mengadap dirinya hari ini.

Menerusi perkongsian di Iaman sosial peribadinya, Ebit Lew dilihat berbual mesra dengan TMJ di istana. Umum sedia maklum, nama TMJ sering menjadi bualan hangat warganet. Ini kerana baginda suka berkongsi hal semasa dan menjawab soalan rakyat di laman Instagram.

TMJ hadiahkan RM200 ribu, taja pergi umrah. Ebit Lew dalam perkongsian di laman Instagramnya turut berkongsi bahawa TMJ juga menghadiahkan RM200,000 bagi misi kebajikan yang diusahakan oleh pendakwah terkenal itu. ”Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya. Tuanku juga ingin taja semua ‘team’ saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama Tuanku dalam kembara Johor.

”Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia.”Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam, mendidik anak muda dan naikkan institusi pendidikan,” tulisnya.

Ebit Lew turut memaklumkan bahawa Tunku Ismail kerap memberi semangat kepadanya sejak mula melakukan kerja kebajikan. Ebit Lew malu sangat, TMJ layan dia macam kawan ”Saya malu sangat. Terharu akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sedangkan saya orang biasa.

Dari awal lagi masa beri bantuan TMJ selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau yang paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tetapi berjaya,” katanya.

” Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. ”Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami,” tulis Ebit Lew.

 

 

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat pertemuan kedua-dua individu yang sentiasa berada di hadapan dalam membantu golongan kurang bernasib baik ini. Ebit Lew pastinya akan dikenang sebagai individu luar biasa dalam menyalurkan bantuan kepada setiap golongan susah di seluruh pelusuk negara.

Sementara TMJ pula pastinya akan diingati sebagai seorang anak raja yang sering menyantuni rakyatnya terutama di negeri Johor dan menghulurkan sumbangan peribadi. ”Ustaz telah buka ramai mata pemimpin. Harap lepasni ramai ahli politik, menteri2 boleh bekerja sama dgn ustaz. Tahniah ustaz. Kami sayang ustaz” tulis Safiq.

SUMBER/KREDIT: k0smo dan IG Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum tinggalkan komentar anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mediabawang.net

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bukannya hanya nak taja pegi umrah. Rupanya ada satu benda yang Tmj buat pada Ebit Lew sampaikan dia sendiri rasa malu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*