GELAGAT bintang YouTube Drama Spontan, Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif menerima suntikan vaksin pada Rabu mencuri perhatian netizen.
Berdasarkan perkongsian video daripada sepupunya yang juga pemilik saluran YouTube popular, Syahmi Sazli, remaja istimewa itu dilihat ta.kut untuk dicu.cuk dengan ja.rum s.untikan.
Menerusi video berdurasi tiga minit itu, Asif, 19, yang berpakaian hitam bertopi merah cemas apabila petugas kesihatan mahu memulakan prosedur suntikan.
Pada ketika itu Asif mula menunjukkan reaksi kurang senang dengan menggaru-garu bahagian lengan kirinya seakan-akan cuba mengelak untuk dicucuk.
Video perkongsian Syahmi di Instagram miliknya.
Kedengaran petugas kesihatan cuba memujuk dan menenangkan Asif agar memberi kerjasama supaya tidak berlaku perkara tidak diingini ketika proses berkenaan.
“sak1t?” tanya Asif ringkas.
“Tak sak1t… Asif jangan tengok, palingkan muka ke arah kain kalau takut,” pujuk petugas.
Namun ketika kapas antiseptik mula digunakan di bahagian suntikan, Asif semakin tidak senang dan mula bertindak balas.
Pada ketika ini kedengaran pujukkan Syahmi agar Asif merelakan diri untuk disuntik pelali berkenaan.
“Tak sak1t, nak berlakon kena cucuk… Yoe Parey semua dah cucuk, lepaskan tangan tu,” pujuk Syahmi.
Syahmi dan Asif mencipta nama sebagai bintang YouTube.
Bagaimanapun ‘umpan’ untuk berlakon tidak berhasil apabila Asif mula berdiri dan meronta-ronta sehingga lebih kurang enam individu termasuk petugas kesihatan, sukarelawan dan Syahmi sendiri terpaksa memegang dan menenangkannya.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI
Selepas hampir dua jam cubaan memujuk dan menenangkan, Asif akhirnya berjaya divaksinasi di lengan kirinya.
Tidak menyedari dia sudah disuntik, Asif akhirnya tersenyum gembira apabila diberitahu proses berkenaan selesai.
“Tak sak1t,” katanya sambil tersenyum sebelum disambut sorakan daripada mereka yang berada di lokasi berkenaan.
Asif menerima vaksin jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.
Biodata Asif, Bintang Youtube Malaysia Popular
Jika anda penggemar laman Youtube, nama Asif pastinya tidak asing lagi di pendengaran.
Beliau merupakan bintang Youtube yang kerap beraksi di saluran Youtube milik sepupunya, Syahmi Sazli.
Telatah bersahajanya dalam slot ‘Drama Spontan’ berjaya menambat hati rakyat Malaysia hingga apa sahaja video yang membabitkannya pasti dengan mudah meraih jutaan tontonan.
Ditambah dengan kreativiti Syahmi dalam mengangkat isu semasa menerusi karyanya, umpamanya isu harta pusaka, hubungan suami isteri dan cinta monyet.
Syabas diucapkan kepada Asif termasuk juga Syahmi! Semoga terus sukses di masa hadapan.
Biodata
1. Pemilik nama penuh Mohd Asyiff Suhaimi.
2. Berasal dari Kelantan.
3. Berumur 17 tahun (2019).
4. Merupakan anak sulung yang mempunyai seorang adik lelaki bernama Asyraff yang berusia 16 tahun, hasil daripada perkahwinan keempat bapanya. Keseluruhannya, beliau mempunyai tujuh adik-beradik berlainan ibu.
5. Penghidap masalah mild autisme.
6. Kesempitan hidup memaksa Asif dan adiknya untuk menamatkan persekolahan lebih awal (berhenti sekolah). Kehidupan mereka sekeluarga pula hanya bergantung pada gaji harian ibunya yang juga merupakan sumber pendapatan utama mereka.
7. Bagaimanapun nasib Asif berubah apabila menempa populariti luar biasa sebagai pelakon dalam slot ‘Drama Spontan’ yang dihasilkan oleh sepupunya, Syahmi Sazli, 24, menerusi Youtube.
8. Syahmi mula mendapat ilham menghasilkan video pendek selepas melihat reaksi bersahaja Asif apabila disakat.
9. Pembabitan Asif dalam video pendek itu telah mengubah perwatakannya yang asalnya seorang yang pemalu, gemar menyendiri dan tidak suka ke hadapan. Asif juga pada awalnya penakut dan gemar menyorok di belakang pintu apabila didekati seseorang. Namun, remaja istimewa itu suka bergaul dengan lelaki yang lebih berusia daripadanya.
10. Asif yang mempunyai masalah menghafal, hanya mengungkapkan dialognya dalam lakonan secara spontan, tanpa bantuan skrip. Syahmi sebagai pengarah bertindak memberi arahan secara lisan dan menyerahkan kepada kreativiti Asif untuk beraksi di hadapan kamera.
11. Daripada kesemua pelakon wanita yang pernah digandingkan dengannya, Asif mengatakan dia lebih selesa bersama Wanie Rohaimie meskipun sedia maklum yang wanita itu sudahpun mendirikan rumah tangga. Jika ditanya tentang teman wanita, nama Wanie pasti terpacul di bibirnya!
Fakta Menarik
Terkenal dengan trademarknya yang berbunyi, “Tak gurau Mi”.
Hanya mengenali nilai wang kertas RM1.
Kebiasaannya tidur di siang hari.
Dibayar RM200 bagi setiap video lakonannya. Bagaimanapun Syahmi turut membantu beliau dalam menyediakan keperluan barang harian dan pakaian.
Akaun Instagram Asif yang menggunakan nama @asifsuhaimi02 kini di bawah seliaan kakaknya, Siti Nurul Atina Suhaimi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mstar, https://iluminasi.com/
Be the first to comment on "[VIDEO] 2 jam pujuk, Akhirnya enam orang terpaksa pegang Asif"