“Salah Satu Impian Andai Ada Di Antara Mereka Bergelar Al-Hafiz,” – Siti Sarah Ulas Anak Sulung Dapat Tempat Di Pertandingan Hafazan

Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran, Oktober lalu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi salah satu entri Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Berkongsi kepada MH, Sarah turut berdoa agar anak-anaknya membesar menjadi anak soleh dan solehah.

“Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa ‘sejuk perut ibu meng4ndung’.

“Jujurnya ketika sedang meng4ndungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai ada di antara mereka yang menjadi al-Hafiz.

“Jujurnya saya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.

“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokong atas apa sahaja minat serta kecenderungan anak-anak,” katanya.

Dia pada masa sama turut bersyukur dan sentiasa mendoakan kebaikan buat suami serta anak-anak.

“Alhamdulillah, apa yang dilakukannya itu membuatkan saya bersyukur.

“Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” katanya lagi.

Sekadar mengimbas, Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak yang juga penyampai radio, Shuib pada tahun 2011.

Pasangan ini telah pun dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Foto: Instagram Siti Sarah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  

Sumber MediaHiburan via Riverbed

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Salah Satu Impian Andai Ada Di Antara Mereka Bergelar Al-Hafiz,” – Siti Sarah Ulas Anak Sulung Dapat Tempat Di Pertandingan Hafazan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*