Minggu ini ternyata masih lagi suram dengan berita pemergian penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raisudin selepas dijangkiti Covid-19. Meskipun sudah 4 hari Allahyarhamah pergi, namun orang ramai tidak putus-putus bercakap tentang kebaikan serta amalan yang dilakukannya selama ini.
Saya sayang sangat dia…Sepanjang dirawat, langsung tak dapat lelapkan mata selama 4 hari
Turut terkesan dengan kematian Allahyarhamah, mentuanya Salamiah Jalani sempat berkongsikan kesedihan tersebut di ruangan TikTok. Sejak dari hari pertama mengetahui keluarga anak menantunya disahkan positif, wanita tersebut mengakui tidak senang duduk malah sukar untuk melelapkan mata.
Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 2
Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 3
Kami tahu Allahyarhamah di tempat yang baik…Itulah yang buat kami tabah
Meskipun seperti tidak percaya, namun dia reda dengan ketentuan Allah S.W.T yang telah menjemput Siti Sarah terlebih awal. Dalam pada itu, Salamiah mengakui bersyukur kerana telah dipinjamkan dengan seorang menantu yang cukup baik selama 11 tahun. Jelasnya, hubungan mereka berdua agak rapat memandangkan Allahyarhamah sudah lama kehilangan ibu kandung.
Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 4
Selalu bersangka baik, jaga hati keluarga dan sentiasa mohon maaf
Dedahnya lagi, Allahyarhamah sama juga seperti orang lain meskipun dikenali sebagai penyanyi yang cukup hebat. Namun keperibadiannya layak dipuji apabila disifatkan sering bersangka baik dan menjaga hati keluarga. Tak cukup dengan itu, menantunya sentiasa memohon maaf jika berbuat salah dan tak lokek bersedekah mengikut kemampuan. Itulah jawapan yang diberikan Puan Salamiah apabila ditanya soal amalan Siti Sarah selama hidupnya.
Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 5
Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 6
Sumber: TikTok nurcahaya2795
Sempat Pindah Duit Ke Akaun Ibu T.iri
Malah isteri kepada pelawak Shuib yang itu sebelum ini pernah membantu rakan-rakan dalam industri dan media dalam meringankan beban mereka.
“Dia paling suka menderma, selalu menderma sana-sini. Kalau ada orang mesej di Instagram perlukan bantuan dia cuba bantu. Tapi Sarah tak suka orang tahu dan tak mahu bercerita… tapi kita pihak pengurusan tahu mengenai perkara itu.
“Yang terbaru, sebelum dia menaiki ambulans untuk ke hospital (HUKM Kuala Lumpur), dia pindahkan wang pada satu akaun miliknya kepada ibu tirinya dan minta ia disedekahkan.
“Sebelum ditidurkan, dia ada minta pembantunya ambil produk tudung keluaran untuk disumbangkan kepada jururawat,” ujarnya.
Kematian yang menyatukan insan
Rakyat di seluruh negara diselubungi duka apabila masing-masing menyatakan rasa sedih dan pilu atas kematian Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia semalam, selepas 65 jam bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Siti Sarah, 36, meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak 3 Ogos lalu.
Allahyarham dijangkiti virus berbahaya itu pada 25 Julai lepas selepas pembantu rumahnya menghidap wabak tersebut.
Lebih meruntunkan hati orang ramai apabila suami Allahyarham, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi detik sedih ketika membuat panggilan video ketika Siti Sarah sedang nazak di unit rawatan rapi (ICU) beberapa jam sebelum kematiannya.
Pasukan perubatan memakai PPE ketika mengangkat keranda mengandungi jenazah Siti Sarah di PPUKM, Kuala Lumpur semalam.
“Air mata berlinangan di pipinya seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya. Kami empat beranak melihat sendiri air mata mengalir di pipi Allahyarham ketika panggilan video itu.
“Saya terus ke hospital selepas selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat malam tadi (kelmarin) secara maya tetapi tidak dibenarkan bertemu arwah,” katanya ketika ditemui.
Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas Zuhur.
Shuib turut mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk mengiringi perjalanan akhir isterinya selain membantu urusan pengebumian.
Orang ramai melihat van jenazah yang membawa jasad Siti Sarah untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pusu, Gombak semalam.
Ramai rakan artis turut hadir pada majlis itu termasuk Rahim Sepahtu, Ali Puteh, Datuk Adi Putra dan Rebecca Nur Islam.
Menurut Shuib, biarpun hatinya merasa berat, dia tetap reda kerana apa yang terjadi adalah ketentuan Ilahi.
Tambahnya, dia berjanji akan menjaga empat orang anak mereka, Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru sahaja dilahirkan Jumaat lalu secara pembedahan ketika arwah koma.
“Melihatkan kepada keadaan sebelum dan ketika kematian dia, saya tertanya-tanya apakah kebaikan yang telah dia lakukan kerana begitu ramai meratapi kehilangannya dan cemburu dengan cara pemergian arwah,” katanya.
Shuib bertafakur dan membaca doa di sisi kubur Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 semalam.
Ujar Shuib, dia menerima banyak mesej dan video yang menganjurkan bacaan Yasin dan doa selamat untuk Allahyarham sejak isterinya dimasukkan ke ICU.
Kata bekas penyampai radio itu lagi, ramai ingin mengambil tahu mengenai perkembangan arwah isterinya selepas ditidurkan dan pembedahan untuk mengeluarkan bayi.
“Saya tertanya-tanya apa kebaikan dia lakukan hingga mendapat kelebihan ini.
“Sebenarnya saya sudah reda seandainya isteri saya dijemput Ilahi ketika dia kritikal pada Jumaat lalu, namun Allah beri arwah sedikit masa lagi untuk hidup,” katanya.
Tambahnya, arwah pernah cakap yang dia mahu meninggal pada hari Jumaat kerana mendapatkan khusnul khatimah dan terlepas siksa kubur.
Sementara itu, dalam satu siaran langsung, Shuib memberitahu, isterinya tidak sempat divaksin sebelum dijangkiti Covid-19.
Shuib termenung selepas mengebumikan Siti Sarah semalam.
“Di sini saya ingin mengingatkan bahawa Covid-19 itu benar. Jangan nak berlagak sebab belum kena belum tahu.
“Kalau boleh ambillah vaksin,” katanya.
Tambahnya, tiga anaknya terus meraung sebaik dimaklumkan mengenai kematian ibu mereka.
“Ketika sampai di rumah, saya cuba mengelak untuk memberitahu mereka. Selepas mandi yang begitu lama, ibu mertua menghubungi saya supaya segera memberitahu mereka.
“Selepas dimaklumkan, ketiga-tiga anak saya menangis dan meraung,” katanya yang turut sebak dalam siaran langsung itu.
Sumber: kosmo
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Be the first to comment on "Terkesan Dgn Pemergian Menantu Kesayangan!! Ibu Mertua Mula Cerita Rahsia Amalan SitiSarah"