Kuala Lumpur: “Kalau dulu, may4t berbungkus berselang-seli dengan katil pes4kit hidup dan kanvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED (Jabatan Kecemasan). Sekarang dah nampak lantai.”
Demikian perkongsian seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami, menerusi laman Facebooknya hari ini.
“Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan,” katanya yang percaya perkembangan positif itu disebabkan peningkatan vaksinasi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Jelas beliau, kes rujukan dari Jabatan Kecemasan kepada Unit Rawatan Rapi) untuk pes4kit Cov1d-19 kritikal semakin berkurang.
“Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang,” katanya lagi dalam catatan yang setakat ini menerima lebih 1,600 komen dan 9,400 perkongsian pengguna Facebook.
Jumlah kemasukan pes4kit Cov1d-19 dalam kalangan warga emas juga didapati menurun sejak awal Julai, manakala jumlah kemasukan pesak1t warganegara menurun sejak minggu lalu.
Tambahnya, majoriti pesak1t Cov1d-19 yang datang menerima rawatan di hospital itu sejak minggu lalu adalah dalam kalangan warga asing.
Beliau turut berkongsi maklumat bahawa pesak1t kr1tikal yang menerima rawatan di ICU dan pes4kit meningg4l dvnia juga semakin berkurangan.
Katanya, walaupun jumlah pes4kit kategori ringan masih ramai, mereka cuma memerlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.
Dr Hana yang juga ahli Medical MythBuster Malaysia berkata, masih ada kemasukan pes4kit Cov1d-19 kr1tikal ke ICU dalam kalangan warganegara, namun terdiri daripada mereka yang tolak vaksinasi.
“Ada juga pes4kit Cov1d-19 krit1kal dalam kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung,” katanya.
Beliau berkata, empat pes4kit di hospital yang telah divaksin memerlukan bantuan pernafasan hanya tiga hingga empat hari berbanding dua hingga tiga minggu bagi pesak1t lain yang tidak sempat menerima vaksin.
“Mereka (yang telah divaksin) pulih dengan X-ray dada yang bersih berbanding dengan majoriti (tidak sempat divaksin) yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meningg4l,” jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, jumlah pesak1t Cov1d-19 di ICU hospital itu masih ramai hasil kemasukan pesak1t sejak sebulan lepas, malah jumlah kes kematian sebelum tiba ke hospital juga masih ramai.
Melihatkan kepada situasi itu, beliau mengajak orang ramai untuk terus berusaha dan bertawakal bagi memer4ngi wab4k Cov1d-19 dengan mengambil vaksin.
“Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesak1t Cov1d-19 kr1tikal di ICU hanya tiga orang – sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : hmetro
Be the first to comment on "Dr Hana Bagitahu Dah Mula Nampak Titik Cahaya Di Hujung Terowong Gelap"