[VIDEO] Sukarelawan Berbahasa Urdu Di Pus4t Vaks1n Dikagumi Dan Dipuji Ramai

Berkebolehan untuk bercakap dalam bahasa selain daripada bahasa ibunda adalah satu kelebihan bagi seseorang itu. Selain dari bahasa Inggeris, Mandarin atau pun Tamil, berkomunikasi menggunakan bahasa lain-lain juga adalah satu keistimewaan yang ada pada individu.

Terbaharu, seorang gadis sukarelawan yang boleh berbahasa Urdu dan Bengali di pusat vaksin ini telah mencuri perhatian ramai. Untuk info bahasa Urdu dan Bengali ini digunakan oleh warganegara Pakistan dan Bangladesh.

Screenshot at Aug 16 11-09-20

Dengan kebolehan gadis sukarelawan di pus4t vaks1n ini membolehkan pendatang dengan warganegara kedua-dua negara tersebut yang datang mengambil sunt1kan vaks1n lebih lancar. Menerusi perkongsian gadis ini di Twitter miliknya dengan nama akaun Ain Syazwani ini, dia menulis seperti berikut:

“Saya cuma nak kongsi rakaman video saya bercakap dalam bahasa Bengali dan Urdu. Belajar bahasa mereka membantu mempercepatkan kerja saya. Dan saya suka tengok reaksi mereka bila saya bercakap bahasa mereka. Harap video ini buat anda gembira,” tulisanya.

Tambah gadis yang bertugas di Pus4t Vaks1n Stadium Bukit Jalil ini lagi turut mempelajari bahasa lain seperti Myanmar, Nepal dan Hindi bagi memudahkan proses pendaftaran. Berikut adalah perkongsian gadis sukarelawan berbahasa Urdu ini:

Malah rakaman ini turut dikongsikan semula di Instagram Sinar_my dan telah membuatkan warganet kagum dengan keistimewaan gadis tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Lepaih ni interview kerja boleh cakap mandarin dan urdu”

Gadis Berbahasa Bangladesh 3

“Terbaiklah sis”

Gadis Berbahasa Bangladesh 2

“Amazing laaa”

Gadis Berbahasa Bangladesh 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Sukarelawan Berbahasa Urdu Di Pus4t Vaks1n Dikagumi Dan Dipuji Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*