MAL4NG tidak berbau.
Begitulah kisah seorang lelaki yang ters4dung ketika sedang melakukan aktiviti berjalan di dalam air (Sea Walking) di Unggul Ponggok, Indonesia ketika dia melancong ke negara itu bersama keluarganya sekitar dua tahun lalu.
Lebih menghiburkan, kedengaran suara individu yang merakam video sedang tergelak di dalam air sehingga ia menjadi bahan perbualan netizen setelah ia tular di TikTok.
Bercakap kepada mStar, Muhammad Arif Daniel Abd Ghani, 21, mendedahkan video itu dirakam ketika dia bercuti ke negara seberang bersama keluarganya pada tahun 2019.
“Dalam video tu ada saya, ibu dan adik. Kami bertiga sedang buat aktiviti dalam air. Kami pakai helmet macam angkasawan dan masuk tengok ikan dalam air.
View this post on Instagram
“Banyak ikan, airnya pun sangat jernih. Tapi helmet itu agak berat, sekitar tiga kilogram (kg) saya rasa. Ia membolehkan kita stabil berada dalam air.
“Pada masa sama, helmet tu jadi kabur apabila saya bernafas, kena cvri-cvri masukkan tangan untuk lap. Masa helmet kabur tu la, saya tak perasan ada batu.
Daniel (kanan) bersama ibu dan adiknya ketika mereka ke Indonesia pada tahun 2018.
“Saya jalan dan terl4nggar batu sehingga tersvngkur dalam air. Memang terkejut sebab masa tu mata tengah melilau tengok ikan-ikan yang besar,” imbasnya.
Mesra disapa Daniel, dia mengakui turut terhibur dan ketawa selepas menonton semula rakaman yang dibuat oleh petugas di pusat pelancongan terkenal itu.
Biasa orang ters4dung atas jalan. Tapi saya ters4dung dalam air.
DANIEL
Sekian lama diperam, video berkenaan akhirnya dikongsi di TikTok yang mana Daniel tidak menyangka ia akan menjadi tular dan mampu menghiburkan netizen.
“Selepas j4tuh, petugas di situ tolong angkat saya. Pada masa sama, mereka juga ada buat rakaman. Mereka gelakkan saya, saya pun tergelak bila tengok balik.
“Bila saya kongsi di TikTok, ramai pula yang terhibur dengan suara gelak dalam air. Saya pun tak jangka yang petugas itu akan ketawa dalam air.
Daniel tak sangka video itu tular di aplikasi TikTok.
“Biasa orang ters4dung atas jalan. Tapi saya ters4dung dalam air. Ia memang pengalaman yang saya tak boleh lupa, sangat seronok,” ujarnya yang juga penuntut bidang Pendidikan Jasmani di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi).
Menurut anak pertama daripada dua beradik itu, dia sejujurnya rindu untuk melancong seperti zaman sebelum kehadiran p4ndemlk C0vldl9.
Pernah berkunjung ke Australia dan Vietnam, Daniel juga berharap agar p4ndemlk ini berakhir segera dan industri pelancongan pvlih seperti sedia kala.
Daniel merupakan penuntut bidang Pendidikan Jasmani di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi).
“Rasa rindu nak melawat tempat-tempat best. InsyaAllah, saya teringin nak ke Australia sekali lagi bila pintu sempadan negara kembali dibuka.
“Dulu pergi Melbourne masa kecil, saya tak tahu apa-apa dan tak banyak ambil gambar. Saya juga berharap p4ndemlk ini berakhir segera.
“Saya rindu suasana belajar di kampus dengan kawan-kawan,” ujarnya yang menetap di Bukit Katil, Melaka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "Tengah syok jalan di dasar laut, boleh pula ters4dung! Ramai terhibur tukang rakam tergelak dalam air tengok pelancong tersvngkur"