Penyanyi rap, Caprice dalam satu hantaran terbaharu di laman Instagram memaklumkan dia telah dihubungi pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pagi semalam.
Menerusi hantaran tersebut, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bersyukur kerana semuanya baik-baik sahaja dan tiada fail kes jenayah dibuka terhadap dirinya berhubung perkara itu.
RUPANYA TIADA INTERPOL YANG CARI CAPRICE
Pegawai Polis Hubungi Caprice Dan Beritahu Perkara Ini Yang Buat Caprice Sampai Terkejut
“Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor dari IPD Wangsa Maju akhirnya mesej dan buat panggilan melalui WhatsApp. Sebenarnya Interpol (Polis Antarabangsa) tak cari pun Caprice.
“Media ambil di luar konteks dan tajuk berita semua buat nampak macam ada kes luar biasa sampai orang komen macam kita ini hilang atau tengah lari.
“Alhamdulillah semua okey. Tiada kes jenayah yang dibuka dan IPD Wangsa Maju hanya hendak minta kenyataan Caprice,” tulisnya dalam hantaran yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu.
Pegawai Polis Hubungi Caprice Dan Beritahu Perkara Ini Yang Buat Caprice Sampai Terkejut
Caprice turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi keterangan yang begitu jelas dan profesional selain mengingatkan tentang keselamatan dirinya di lokasi dia berada sekarang.
Menurut Caprice, dia telah banyak melalui perkara yang disifatkan sebagai pelik sejak tiba di Mesir selain menerima banyak panggilan dari Kuala Lumpur yang bimbang mengenai keadaan dirinya.
Tambahnya, ini merupakan minggu ketiga dia bergerak secara solo dalam misi kemanusiaan yang dipanggil #roadtoalaqsa 2030.
“Kita pun sudah penat hendak jelaskan dekat Malaysia kita buat apa. Ini NGO (pertubuhan bukan kerajaan) tiada dana awam. Insya-Allah suatu hari nanti bila semua sudah tenang semuanya akan masuk akal,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: dnq.pw via kosmoonline
Be the first to comment on "Pegawai P0lis Hubungi Caprice Dan Beritahu Perkara Ini Yang Buat Caprice Sampai Terkejvt"