TMJ mahu jumpa 779 Guru Di Johor Gara-gara perkara ini

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vaksln C0vldl9, bagi mencari penyelesaian isu itu.

Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

“Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemlk ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah,” titah baginda dalam ciapan berkenaan.

Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan apabila seorang netlzen berkongsi laporan berita Harian Metro berkenaan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksln C0vldl9.

Hari ini, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, dilaporkan memaklumkan kira-kira 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksln C0vldl9.

Mazlan dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksln supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksln.

Sebelum ini kisah 779 guru di Johor t0lak divaksln

Iskandar Puteri: Seramai 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksln C0vldl9.

Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin supaya golongan terbabit menerimanya.

“Kerajaan Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksln itu secara individu untuk diberi penerangan supaya mereka faham kepentingan vaksln apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti.

“Sehingga 19 Ogos lalu, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor sudah menerima dos pertama vaksln C0vldl9.

“Berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos suntik4n vaksln.

“Bagi anggota kumpulan pelaksana (AKP) pula, seramai 6,539 atau 91.43 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 2,816 atau 39.37 peratus sudah lengkap kedua-dua dos.

“Bagi staf sokongan operasi pula, seramai 9,236 atau 71.49 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 7,030 atau 54.42 peratus lagi sudah lengkap kedua-dua dos suntik4n v4ksin,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nor Hayati Bachok (Amanah- Maharani) berkenaan kadar vaksinasi guru di negeri ini pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, hari ini.

Sementara itu, Mazlan berkata, JPNJ menyokong penuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi memastikan program vaksinasi mencapai 100 peratus.

Katanya, kerjasama itu membabitkan warga sekolah, ibu bapa dan penjaga ketika pembukaan sesi persekolahan nanti.

“Merujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 15 Ogos 2021, sesi pembukaan sekolah secara berperingkat akan bermula pada 3 Oktober.

“Pemakluman awal akan dibuat sekiranya terdapat keperluan perubahan tarikh hasil penilaian ris1ko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Sumber HarianMetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://transformasi.

Apa komen anda?

Be the first to comment on "TMJ mahu jumpa 779 Guru Di Johor Gara-gara perkara ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*