‘I Dah Tak Cantik, Nanti Y0u Cari 0rang lain’. Tr4gedi Nger1 Selepas Setahun Kahwin…

IBARAT diberi peluang hidup kedua, sepasang suami isteri tersel4mat daripada kemaIangan ng3ri selepas baru setahun mendirikan rumah tangga.

Kej4dian enam tahun lalu itu masih berbekas dalam ingatan kedua-dua mereka apabila dimasukkan ke hospital selama 42 hari.

Kes4nnya juga dirasai sehingga kini apabila baki ‘kerangka besi’ masih berada dalam tubuh mereka yang kini meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nur Syahirah Esmadee memberitahu, kemal4ngan itu membabitkan sebuah kereta Perodua Perdana yang dipandu suaminya dan sebuah van ketika dalam perjalanan dari Mersing ke Kulai di Johor, pada 14 Oktober 2015.

Wanita berusia 31 tahun itu berkata, dia mengalami keced3raan par4h di muka, tangan dan paha, manakala suaminya juga pat4h paha, selain mengalami ced3ra par4h di tangan dan kaki.

“Sepanjang 42 hari di hospital, kami berdua masing-masing menjalani tiga pembed4han. Enam hari pertama, suami ‘dit1durkan’ di lCU (unit raw4tan rapi).

“Saya di wad tanya keluarga mana suami… mereka kata jangan r1sau, okay, ada kat tempat lain. Saya tak dapat fikir masa tu kerana belum cukup stabil,” katanya kepada mStar.

Kereta yang dinaiki Manshah dan Syira bertembung dengan sebuah van.

Suami Nur Syahirah, Muzzalman Shah Ismail Muzani berkata, dia hanya sedar pada hari ketujuh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Juruterbang berusia 47 tahun itu dimaklumkan dia bertarung nyawa di ICU apabila jantungnya berhenti berdegup selama 55 minit.

“Alhamdulillah, saya masih bern4fas. Hari ketujuh tu baru saya berjumpa dengan isteri saya… dapat lihat wajahnya menang1s,” katanya yang lebih mesra disapa Manshah.

Kesan kecederaan yang dialami suami isteri ini selepas kemalangan.

Nur Syahirah atau Syira berkata, kemalangan itu juga memberi cabaran dan dug4an besar di awal perkahwinan mereka yang ketika itu belum dikurniakan cahaya mata.

“Keced3raan tervk di muka menyebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri. Keced3raan tervk yang dialami suami pula boleh mengak1batkan dia hilang kerjaya sebagai juruterbang.

“Suami tak boleh kerja selama 16 bulan untuk recovery. Kami pergi menjalani fisioterapi sama-sama setiap minggu,” katanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Beremosi kerana kesan parut di muka, Syira mengakui bimbang suaminya akan berubah hati.

“Saya rasa diri tak cantik. Saya sendiri cakap kat suami, I dah tak cantik, pakai kerusi roda pula tu… nanti you cari orang lain,” tambahnya.

Sewaktu membvang sebahagian ‘besi’ dalam badan, pada Oktober 2020.

Menurut Manshah, sepanjang tempoh pemul1han itu juga memainkan peranan buatnya untuk menaikkan semangat isteri.

“Sebelum kahwin, mungkin terfikir pasal rupa. Tapi bila dah kahwin, dah jadi suami, saya bersama dia sebab hati.

 

Setiap kesukaran harus ditempuhi bersama. Cinta dan kasih sayang bukan berdasarkan kebendaan tapi keikhlasan hati menerima antara satu sama lain

SYIRA

 

“Muka isteri macam mana pun, dia tetap di hati saya. Bila dah kahwin… kena terima baik dan bvruk pasangan tu. Tempoh 16 bulan kami pergi mana-mana bersama, tunjuk kasih sayang.

“Sebenarnya, kasih sayang kami lebih dari zaman bercinta. Alhamdulillah, saya dapat mengembalikan keyainan isteri,” katanya sambil menambah isterinya turut menjalani raw4tan susulan berikutan kesan keced3raan pada muka.

Manshah (dua, kanan) dan Syira (dua, kiri) dikurniakan dua cahaya mata.

Dalam pada itu, Syira yang merupakan suri rumah berkata, perkongsian kisah mereka untuk memberi inspirasi kepada pasangan berkahwin yang berdepan dengan cabaran dan dugaan ketika pandem!k.

“Kena susah dan senang sama-sama. Setiap kesukaran harus ditempuhi bersama. Cinta dan kasih sayang bukan berdasarkan kebendaan tapi keikhlasan hati menerima antara satu sama lain,” katanya sambil menambah mereka kini dikurniakan dua cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘I Dah Tak Cantik, Nanti Y0u Cari 0rang lain’. Tr4gedi Nger1 Selepas Setahun Kahwin…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*