‘Kalau Dulu Mnyanyi Duet Dgn Arwh Isteri, Buat Rehearsal Bagai Nak Rak. Tapi Bila Mengaji Tak Reti’ – Shuib

Pada usia 37 tahun Shuib Sepahtu berharap dia masih belum terlambat untuk memperbetul bacaan dan mendalami ilmu al-Quran sebagai panduan di dunia dan akhirat.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata, ujian yang menimpa dia sekeluarga dengan pemrgian Siti Sarah membuatkan semakin dekat dengan agama.

” Sebelum ni saya ada baca al-Quran, boleh la walaupun merangkak. Tapi daripada kisah isteri saya ia jadi asbab untuk saya teliti bacaan al-Quran.

” Hari pertama baca surah Yasin secara beramai-ramai, lepas sesi zoom tu saya cuba baca sendiri… ambil masa dekat dua jam nak habis.

” Saya rasa macam… ya Allah daifnya, bodohnya kau Shuib. Sampai saya lenguh-lenguh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu… kena merdekakan diri daripada buta al-Quran,” katanya.

Shuib berkata demikian pada majlis forum bertajuk ‘Kemerdekaan Satu Penghijrahan’ anjuran Masjid Puncak Alam yang diadakan secara live di Facebook pada Rabu malam.

Forum sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 itu turut disertai pendakwah terkenal Haslin Baharim, Abdullah Khairi dan Johari Abdul Wahab.

Cerita Shuib lagi, dia tidak malu untuk belajar semula daripada bawah asalkan dapat memperbetulkan kelemahannya itu.

” Saya nak belajar al-Quran sampai cari semula buku iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar iqra.

” Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran,” katanya lagi.

Tambah Shuib buat masa ini dia berguru bersama pendakwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

” Kalau boleh saya nak jadi macam ustaz Tarmizi. Dia guru saya ajar mengaji.

” Ya Allah… sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap. Buat Sepahtu Reunion tau pula menyanyi dan mendayu-dayu.

Bila nak menyanyi, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak

” Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan arwh isteri, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji tak reti… rasa tervk sangat,” katanya.

Dalam pada itu Shuib berkata dia juga akan cuba mendidik anak-anak menjadi generasi yang celik al-Quran.

” Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak (belajar al-Quran). Sebelum ni saya tak pernah cakap pun dengan anak-anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

” Saya panggil mereka duduk depan saya. Saya tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apa pun cita-cita mereka asalkan pegangan kita ialah al-Quran.

” Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” katanya.

Shuib kini bergelar bapa tunggal selepas isterinya Siti Sarah meninggI dnia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat cov1d-19 pada 9 Ogos lalu.

Untuk rekod, Shuib dan arwh Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dikeluarkan daripada kandungan secara pembedahan pada 6 Ogos lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Kalau Dulu Mnyanyi Duet Dgn Arwh Isteri, Buat Rehearsal Bagai Nak Rak. Tapi Bila Mengaji Tak Reti’ – Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*