“Macam Dar4h Anak Dara!” – DS Vida Jalani Ujian Ovarian Reserve, Hantar Voice Note T4ngisan Gembira Kepada Iqbal

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berkongsi pula sepotong video dirinya menjalani ujian ovarian reserve untuk menguji tahap kesuburannya akhir Ogos lalu.

Kata Vida, menerusi ujian terbabit, dia bersyukur dirinya masih berpotensi untuk mempunyai zuriat dan berada dalam keadaan sihat.

“Bila ada kisah-kisah nak kahwin ni, saya tak nak ada masalah kalau kahwin tak ada zuriat. Saya nak bahagia dah…

“Dulu tak terfikir nak buat ujian. Jadi, saya perlu pastikan saya seorang wanita yang masih muda dan boleh mel4hirkan zuriat.

“Maka saya buat ujian ovarian reserve, ambil d4rah untuk mengetahui berapa kandungan telur dalam badan saya.

“Kata doktor, tiada kolesterol pun dalam d4rah saya. Macam darah anak dara…,” ujarnya yang berkongsi sepotong video menjalani prosedur terbabit.

Dalam perkembangan sama, bekas pembantu peribadi yang turut digosipkan bersamanya, Ahmad Iqbal Zulkefli, berkongsi sepotong video di Instagram Stories bukti perbualannya bersama Vida.

Dalam video berkenaan, Vida mengirimkan voice note men4ngis kesyukuran difahamkan selepas menjalani ujian terbabit.

“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat, beginilah beliau apabila dengan saya. Voice note pagi ini beliau hantar pada saya. Men4ngis gembira.

“Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau kerana ‘mengik1s harta’ namun jauh sekali begitu. Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” ujarnya.

Di Sebalik Gelak Tawa

Orang Ingat Saya Nak Kikis Harta

Kenapa DSV Menangis Gembira

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Macam Dar4h Anak Dara!” – DS Vida Jalani Ujian Ovarian Reserve, Hantar Voice Note T4ngisan Gembira Kepada Iqbal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*