5 Selebriti Korea Ini Pernah Menjadi Atlet Profesional

Sebilangan selebriti Korea ini langsung tidak menyangka bahawa mereka akan menjadi seseorang yang dikenali dan menjadi idola ramai orang. Ini kerana mereka dahulunya merupakan seorang atlet. Siapakah selebriti yang kami maksudkan? Jom kita tengok!

1. So Ji Sub

via kompas.com
via soompi

So Ji Sub sememangnya seorang artis yang terkenal dengan ketinggian dan bentuk badan begitu mantap. Namun siapa sangka bahawa lelaki ini dahulunya adalah seorang atlet profesional dalam sukan renang. Bahkan sebelum namanya mula melonjak naik menerusi drama ‘Master Sun’, Ji Sub pernah memenangi pingat gangsa dalam Kejuaraan Kebangsaan sebagai atlet renang.

2. Sung Hoon

via Ig

Sama seperti So Ji Sub, Sung Hoong juga dulunya adalah atlet dalam sukan renang dan dia juga merupakan ahli pasukan kebangsaan Korea Selatan. Sangat berkemahiran dalam renang kuak kupu kupu. Namun impiannya untuk terus menjadi seorang atlet harus dilupakan dek kerana kecederaan yang dialaminya satu ketika dahulu. Kini kariernya telah beralih ke dunia lakonan dan namanya juga sudah dikenali ramai.

3. Song Joong Ki

via soompi

Song Joong Ki bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, tapi jangan terkejut kerana dia juga berbakat dalam permainan luncur ais atau skating. Song Joong Ki pernah menyertai acara dalam Kejuaraan Sukan Nasional Korea Selatan. Namun, dia telah mengalami kecederaan pada lututnya sehingga dia terpaksa melupakan aktivitinya itu. Kemudian, pada tahun 2007, Song Joong Ki memulakan kariernya dengan membintangi filem ‘Get Karl!’. Siapa sangka, lelaki ini bukan sahaja dianugerahkan rupa yang kacak malahan dia juga adalah antara pelakon yang mendapat bayaran tertinggi di Korea Selatan.

4. Song Hye Kyo

via Ig

Sama seperti bekas suaminya, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo sama-sama pernah menjadi atlet luncur ais. Namun, Song Hye Kyo lebih suka memberi tumpuan dalam dunia hiburan. Dia juga sememangnya berjaya menjadikan dirinya antara barisan artis yang amat dikenali di Korea. Wajahnya yang cantik sering mendapat perhatian dalam setiap drama yang dilakonkan dan sering menjadi duta beberapa produk terkenal di sana.

5. Uee

via PSM

Uee sebelum ini pernah menjadi atlet dalam sukan renang dan pernah menyertai Kejohanan Renang Kebangsaan.  Dia juga pernah menunjukkan kemahiran berenangnya dalam drama ‘Hogu’s Love’ (2015).

Tak sangka kan? Selebriti yang terkenal sebenarnya juga memang berbakat dalam bidang sukan. Antara selebriti yang kami senaraikan di atas, yang mana satu yang menjadi idola anda?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Murai

Apa komen anda?

Be the first to comment on "5 Selebriti Korea Ini Pernah Menjadi Atlet Profesional"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*