Menerusi perkongsian di Insta Story, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal mendedahkan jutawan kosmetik itu seharian menangis dan tidak makan kerana memikirkan anaknya, Cik B.
Kata Iqbal lagi, dia memahami jika Cik B marah jika ibunya untuk berkahwin lagi kerana sejarah kehidupan yang lalu apabila melihat Vida beberapa kali gagal dalam perkahwinan.
“Seharian Vida menangis, tidak akan memikirkan Cik B. Saya turut kasihan pada Cik B, sejak kecil dia jarang ada masa bersama.
“Saya faham perasaan Cik B marah jika ibunya berkahwin. Oleh kerana mereka melalui sejarah hidup. Orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila dia marah. Luar biasa, tiada siapa berani untuk masuk dekat,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal berkata dia tidak kisah jika ramai berpendapat tidak setuju dia berkahwin dengan Vida namun tidak perlu menambahkan api pada Cik B sebaliknya memberi kata semangat.
Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Iqbal seolah memuat naik luahan hatinya memohon supaya Allah membantunya menghadapi segala kesulitan dan menghadapi fitnah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Rotikaya
Be the first to comment on "Iqbal cerita keadaan DSV yang membimbangkan"