Buat pengemar filem-filem Bollywood pasti dua nama besar ini tidak asing lagi bagi anda terutama pelakon Shah Rukh Khan dan Saif Ali Khan dimana kedua-duanya sangat hebat dalam apa-apa watak.
Jika diminta untuk disebutkan salah sebuah filem lakonan mereka, ramai peminat bukan dari negara mereka dapat menjawabnya sekali gus membuktikan lakonan Shah Rukh Khan mahupun Saif Ali Khan disukai ramai.
Nampaknya anak-anak mereka juga tidak terlepas daripada menjadi perhatian peminat di seluruh negara apabila Shah Rukh Khan dan Saif Ali Khan mempunyai anak seiras dan kacak seperti mereka.
Itulah juga yang menyebabkan anak lelaki Shah Rukh Khan dan Saif Ali Khan tular di aplikasi popular, TikTok dengan pelbagai pujian ramai kerana anak-anak mereka yang salin tak tumpah seperti bapa mereka.
Lebih menarik perhatian, dalam video menunjukkan bagaimana Aryan Khan dan anak lelaki Saif Ali Khan yang dikenali sebagai Ibrahim Ali Khan mewarisi wajah kacak bapa mereka lalu menerima ribuan tanda suka daripada netizen.
Like father Like son 😍❤❤ #srk #saifalikhan #ibrahimalikhan #aryankhan
Selain rakaman itu ditonton 3.4 juta kali, rata-rata netizen juga menghujani ruang komen dengan pelbagai reaksi yang menganggap Aryan Khan dan Ibrahim Ali Khan seperti copy paste wajah Shah Rukh Khan dan Saif Ali Khan.
“Copy paste…”
“Kalau la Salman ada anak, dia dulu pun hensem…”
“Shah Rukh Khan…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : HCL
Be the first to comment on "[VIDEO] Wajah ‘Copy Paste’ Anak lelaki Shah Rukh Khan & Saif Ali Khan Jadi Tumpuan Rmai"