“Terima kasih atas penghina4n” Vida Men4ngis Minta Maaf & Cerita Situasi Sebenar, Iqbal Sudah Tawar Hati

Kisah percintaan usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbl Zulkefli telah menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi halaman Instagram Iqbal, beliau ada berkongsi satu klip durasi pendek dengan kapsyen yang difahamkan Dato Seri Vida memohon maaf bagi pihak anak anak nya, Cik B dan juga Kacak.

Iqbal juga menjelaskan entri beliau kali ini untuk membuktikan cinta mereka tidak bertepuk sebelah tangan dan juga ingin menutup kata kata masyarakat yang memberi tuduhan yang tidak baik terhadapnya.

Vida men4ngis mohon maaf

Berdasarkan mesej yang dikirim di WhatsApp, kedengaran suara Datuk Seri Vida sedang menangis sambil memohon maaf jika ada perbuatannya yang menyinggung perasaan Iqbal.

Bukan itu saya, Vida juga meminta peluang kepada bekas pembantu peribadinya yang berusia 27 tahun itu supaya membimbing dirinya, Cik B dan Kacak.

Assalamualaikum, saya mohon banyak maaf kalau ada perbuatan saya tanpa saya sedar menyinggung perasaan. Perbuatan yang Cik B, Kacak yang menyinggung perasaan. Saya tahu awak sayang ke Cik B, saya tak pernah tak lekang perkataan sayang pada Cik B, Kacak. Bagi peluang dekat mereka, bagi peluang awak bimbing mereka.

Kapsyen Iqbal:

“SAYA TAWAR HATI. TERIMA KASIH ATAS PENGHINAAN.

Sejak dulu saya sering memaafkan kalian semua. Saya dih1na, disalah erti. Sehabis daya sejujur kata walaupun beratus ribu orang geli mendengarnya, saya tempuh.

Sebelum kalian mengatakan saya tidak matang kerana berkongsi suara ini, cuba berada di pihak saya, setelah berjuta orang memaki saya, siapa lagi akan membela saya?

Semoga mesej ini membuktikan bahawa cinta saya bukan bertepuk sebelah tangan dan bukan hanya saya yang memaksa beliau untuk barkahwin.

Saya keseorangan. Bertahun-tahun masyarakat dikaburkan hal sebenar.

Saya tidak minta untuk disanjung, cukup sekadar tidak menghina. Banyak perkara telah dipusing membuatkan saya tawar hati.

Video dibawah:

“Maaf kan lah ke Cik B, Kacak. Maafkan saya jika saya banyak buat silap tanpa saya sedar. Boleh terima saya seadanya, saya gini. Maafkan Cik B, Kacak tu.

Mereka tak matang, mereka trauma. Bagi mereka peluang semula, boleh tak? Kasihan diorang, diorang pun jadi mangsa keadaan.

Saya tak nak menangis lagi. Tak nak menangis nangis. Saya tak boleh macam ni. Bagi mereka peluang, mereka pun dah rasa bersalah.

Saya tak nak mereka terbeban dengan perasaan bersalah. Bersama awak, saya, Cik B dan Kacak akan jadi orang hebat jadi macam kita selalu nak diorang jadi hebat. Bagi saya peluang betulkan keadaan..” – DSV

“Harus Menjaga M4ruah…”- Pvtus Asa Kahwin Vida? Ini Kata2 Iqbal

Terdahulu Usahawan muda, Iqbal Zulkefli memaklumkan dia tidak akan lagi mem4ksa jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), mendirikan rumah tangga dengannya.

Kata Iqbal kepvtusan itu dibuat demi menjaga maruah dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan perkahwinan bersama Vida.

“Saya memohon maaf atas vir4l yang berleretan tentang hubungan saya dengan DSV. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berkeras mahu menjadikan DSV sebagai isteri, seandainya beliau masih tidak menuju ke arah itu.

“Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernik4h,” katanya.

Iqbal menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Pun begitu, Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi Vida pada tahun 2016 itu sekali lagi mengingatkan kisah percintaannya bukan tujuan marketing.

“Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar beliau ada selitkan promosi produk dan saya beritahu DSV, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu naikkan sales syarikatnya.

Bagaimana pun, Iqbal memberitahu dia masih menyayangi Vida dan reda jika mereka tiada jodoh.

“Saya tetap menyayangi beliau seperti biasa. Saya reda jika kami tiada jodoh. Saya fikir ini bukan terlalu awal saya mengalah. Setiap waktu saya serius katakana bahawa saya mahu berkahwin.

“Saya banyak perjuangkan hvbungan ini, namun saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya.

“Saya risau disaat saya sak1t dan jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya,” luahnya lagi.

Terdahulu,Bekas pembantu peribadi kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli pada Khamis tampil meluahkan rasa berhubung isu terkait melibatkan dirinya bersama usahawanita berkenaan.

Luahan tersebut dibuat Iqbal menerusi Insta Stories, dipercayai kerana ada segelintir yang seolah-olah menuduhnya mempunyai kepentingan apabila menjalinkan hubungan akrab bersama penyanyi lagu I Am Me itu.

Iqbal yang kini turut suskes berbisnes menjelaskan, dia sebelum ini tidak gemar menunjuk-nunjuk kemewahan, sekaligus menafikan dia berbaik dengan Vida kerana mahu mengikis harta

“Saya tidak suka show off pembelian saya kerana bagi saya kepuasan adalah untuk diri sendiri bukan bertujuan untuk ditayangkan. Tetapi setelah saya difitn4h gil4kan harta Dato Seri Vida, mari saya bagitahu!

“Kucing ini saya beli dengan harga RM15,000 seekor. Saya beli dua. Tempat berak sahaja RM2,000. Saya sudah habiskan lebih RM80,000 untuk beli barangan kucing.

“Tolong bagitahu, mahu saya tunjuk apa lagi? Rumah saya? Hampir RM3 juta kerana saya duduk bujang. Kasut saya? Lebih RM100,000. Pakaian? Lebih RM500,000 dalam masa enam bulan saya beli. Tempat basuh pinggan? RM6,000. Mainan gadjet? Lebih RM1,000,000 saya habiskan.

“Ingat saya tak ada maruah nak kikis harta orang?!,” tulisnya.

Kisah hvbungan cinta Iqbal dan Vida hangat diperkatakan sejak kurang sebulan lalu namun perkahwinan mereka dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju.

Dia pada masa sama turut berkongsi foto ‘outfit of the day’ (ootd) lengkap dengan harga tiap persalinan yang dikenakan.

Sementara itu, lelaki asal Kelantan ini turut mengakui dia langsung tidak berminat untuk menjadi ‘anak ikan’ dan menegaskan dia mempunyai pendirian.

 

“Tak ada masa saya nak jadi anak ikan. Waktu duit saya ada RM50, orang pernah tawar saya RM1juta pun saya tolak.

“Bukan bermaksud terlalu baik tidak punya nafsu, cuma saya ada pendirian. Kenapa perlu bayar? Ingat diri saya boleh dijual beli? Saya tahu kemampuan saya,” tulisnya lagi.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, anak sulung kepada Vida iaitu Cik B menghalang hubungan mereka kerana faktor perbezaan usia 22 tahun antara ibunya dan Iqbal.

Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 16,, dia sangsi mengapa Iqbal, 27, begitu bersungguh untuk memperisterikan Vida yang berusia 49 tahun.

Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada.

Dalam pada itu, Iqbal yang juga bekas pembantu Vida menegaskan hubungan mereka itu tidak mempunyai kaitan dengan ‘marketing‘ semata-mata seperti yang didakwa segelintir pihak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://transformasi.host/ via riverbed

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Terima kasih atas penghina4n” Vida Men4ngis Minta Maaf & Cerita Situasi Sebenar, Iqbal Sudah Tawar Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*