“Cuba Tvnjuk Kvat, Tapi Bila Tng0k Wajah Sayu Ank-Ank, Sy Sed!H Dan Menang!S Brsama Mreka”- Shuib

Sangkanya, hati sudah cukup kental melawan rindu yang bertandang selepas pemergi4n isteri tercinta, kira-kira sebulan lalu.

Namun, ha.kikat yang harus ditelan pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu adalah biar apapun yang dilakukan, sukar untuknya me.ma.dam kenangan yang pernah dicipta bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang me.ning.gal dunia a.ki.bat CO.VID-19, pada 9 Ogos lalu.

Akui Shuib, hingga saat ini, satu demi satu momen manis yang pernah dilalui bersama, jelas terbayang di ruang mata, persis wayang gambar yang berputar.

“Selepas peme.rgian isteri, hari-hari saya dengar lagunya, tatap foto dan menonton video arw4h. Itulah rutin yang saya lakukan demi mengubat rasa rindu.

“Namun, memasuki minggu ketiga, saya tahan diri untuk tidak meneruskan rutin itu. Bukan mahu melupakannya, tetapi saya tidak mahu terus me.myek.sa diri mengenang ar.wah dengan cara begitu,” luahnya kepada BH Online.

Kekuatan yang cuba ditanam dalam diri itu bagaimanapun tewas terutama ketika berdepan anak-anak yang masih belum mengerti sepenuhnya erti ke.hilan.gan ibu.

“Apabila ditanya ke mana pergi ibu, saya cuba menjawab soalan itu sebaik mungkin agar mereka faham. Namun, biasalah kanak-kanak, ada ketika apabila rasa rindu datang, mereka akan bertanya soalan yang sama berulang kali.

“Berdepan situasi itu sebenarnya mencabar emosi saya. Ada ketika, saya sendiri tidak tahu penjelasan bagaimana lagi yang harus diberikan terutama apabila setiap pertanyaan diajukan, berakhir dengan tan.gi.san.

“Walaupun cuba untuk tunjuk yang saya cukup kuat, namun, melihat wajah sayu anak-anak, saya jadi se.dih. Sudahnya, saya me.nan.gis bersama mereka,” katanya.

Shuib baru lepas mengaji bersama anak anaknya-Foto IG Siti Sarah

Hasil perkongsian hidup bersama Siti Sarah, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pramatang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Tambah Shuib, doa mereka tidak pernah putus dipanjangkan kepada ar.wah dengan harapan rohnya tenang bersama mereka yang beriman.

“Sejak hari pertama ar.wah pergi, menjadi rutin kami sekeluarga untuk solat Maghrib berjemaah dan membacakan Yassin untuknya.

“Alhamdulillah, amalan itu masih diteruskan hingga hari ini. Pemergian ar.wah juga menyuntik kese.daran dalam diri untuk saya kembali belajar mengaji,” katanya.

Shuib bersama empat cahaya mata termasuk anak bongsu, Ayash yang dibenarkan pulang selepas hampir 40 hari ditempatkan hospital ak.ibat dilahirkan pra.ma.tang pada 6 Ogos lalu. Foto IG Shuib Sepahtu

Baru-baru ini, Shuib mengumumkan mahu berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada Ayash.

Shuib dilaporkan berkata, sejak Ayash pulang ke rumah selepas hampir 40 hari di.rawat di Hos.pital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), rutin hariannya berubah.

Shuib mengaku memerlukan masa menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal manakala Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi setiap masa.

Dalam perkembangan lain, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memberitahu, dia sudah merakamkan sebuah lagu yang bakal memahat kenangan buat dirinya bersama isteri.

“Lagu berjudul Sampai Tua dihasilkan komposer Aidit Alfian. Lagu itu saya dengar kira-kira 11 tahun lalu iaitu ketika saya dan ar.wah sedang bercinta.

“Pada mulanya, lagu itu kami mahu dendangkan secara duet. Namun, setiap kali usaha merakamkan lagu itu dibuat, ada sahaja halangannya.

“Hasrat itu akhirnya terlaksana apabila lagu itu berjaya dirakamkan. Lagu itu sangat menyentuh perasaan terutama pada bahagian korus.

“Lagu ini mengisahkan janji sepasang suami isteri yang akan terus hidup bersama walaupun fizikal mereka berubah kerana dimamah usia.

“Saya ada membuat penambahan sedikit dari segi lirik lagu ini. Insya-Allah, lagu ini boleh didengar di platform digital dalam masa terdekat ini,” katanya yang menjadi calon awal kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Shuib mahu meluangkan lebih masa bersama anak-anak dan membiasakan diri dengan rutin kehidupan sebagai bapa tunggal. Foto IG Shuib Sepahtu

Mengulas sambutan terhadap lagu Allahyarham Siti Sarah yang menduduki carta Top 10 Lagu Strim Paling Tinggi yang dikendalikan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), baru-baru ini, bekas penyampai Hot FM itu meluahkan rasa terharu.

“Tiada apa yang boleh saya katakan selain mengucapkan terima kasih atas sambutan diberi. Tidak din.af.ikan lagu-lagu ar.wah memang sedap didengar dan mempunyai kualiti tersendiri.

“Saya sangat terharu dengan sokongan diberi. Harapan saya, selain mendengar lagu a.rwa.h, sudilah kiranya mereka dapat sedekahkan surah al-Fatihah buat arw.ah,” katanya.

Lagu Kes.etiaan yang dilancarkan pada 2002, menjuarai senarai minggu ke-33 berakhir 19 Ogos lalu.

Selain Kesetiaan ciptaan Ajai, single lain dendangan Allahyarham Siti Sarah yang merekodkan jumlah strim tinggi adalah Saat Hilang Cintamu, Semakin dan lagu duet bersama Shuib, Semakin Ben.ci Semakin Cinta.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU), HCTM, UKM ak.ib.at CO.V.ID-19 pada 9 Ogos lalu.

Je.naz.ahnya dike.bumi.kan di Tanah Per.ku.buran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada hari sama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://www.klmetro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Cuba Tvnjuk Kvat, Tapi Bila Tng0k Wajah Sayu Ank-Ank, Sy Sed!H Dan Menang!S Brsama Mreka”- Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*