Tak Mahu Malaysia Tertinggal, Syed Saddiq Harap Kerajaan Luluskan G4nja Untuk Perubatan

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan kerajaan supaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kebaikan serta memberi kelulusan kepada industri g4nja jenis ‘hemp’ dan m4r1juana perubatan bagi memastikan industri tersebut dikawal selia dengan baik.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, pasaran hemp dan m4r1juana dianggarkan kini bernilai RM60 bilion dan dijangka melebihi RM400 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.

Tambahnya, industri berkenaan juga boleh membantu sebagai kaedah rawatan alternatif kepada masalah kesihatan ment4l dan sebagainya.

Jelas Syed Saddiq, ketika ini lebih 40 negara telah memberi kelulusan kepada industri ganja, termasuk di negara jiran, Thailand.

Pengalaman Kerja Pengawal Mutu dan Kualiti Ganja
Sumber: FMT

Mengikut nilai pasaran pula, industri ‘hemp’ menyumbang sebanyak RM60 bilion, dan dalam tempoh empat tahun ia dianggarkan mencecah RM400 bilion.

“Kita tidak mahu lagi Malaysia ke belakang dan ketinggalan. Jangan kita ketepikan perbincangan berkenaan isu ini hanya kerana ia sensitif walhal kajian yang dibentangkan menunjukkan sebaliknya (positif).

“Mengikut data dan sains, industri ar4k dan r0kok jauh lebih berbahaya dari industri hemp. Tapi kita tidak ada iltizam politik untuk mulakan perbincangan isu ini dengan fakta,” katanya.

Menurut bekas menteri kesihatan, Dr Adham Baba, sehingga September tahun lalu penanaman hemp masih lagi tertakluk di bawah akta dad4h.

Pada 2019, menteri kesihatan ketika itu Dzulkefli Ahmad mengumumkan kerajaan membenarkan penanaman hemp yang merupakan sejenis pohon g4nja daripada spesis C4nn4bis Sativa bagi tujuan penyelidikan pihak industri.

Bagaimanapun, kebenaran tersebut masih tertakluk di bawah Seksyen 6B(2) Akta D4dah Berb4haya 1952, di mana menteri kesihatan mempunyai kuasa untuk memberi izin penanaman hemp, untuk pengeluaran serat dan biji sahaja bagi tujuan bukan komersial.

Sumber: Awani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://odisi.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Mahu Malaysia Tertinggal, Syed Saddiq Harap Kerajaan Luluskan G4nja Untuk Perubatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*