KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri dalam tempoh beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kes.ihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang mahu melakukan pergerakan rentas negeri nanti supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan beberapa prosedur o.perasi standard (SOP) asas.
Beliau turut menyarankan mereka menjalani ujian saringan C0VID 19 secara kendiri menggunakan air liur dengan kerap, bagi menjaga kes.elamatan individu tersayang, khususnya jika mahu pulang ke kampung halaman.
“Dalam tempoh beberapa hari lagi, sekatan rentas negeri akan berakhir. Adalah penting untuk melaksanakan semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal, termasuk bagi yang sudah div.aksin.
“Bagi menjaga kes.elamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala,” katanya melalui Twitter, hari ini.
Media semalam melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu keluarga di luar lokaliti, dinasihatkan menjalani ujian kendiri C0VID 19 apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan kelak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila kadar v.aksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.
Menteri Kes.ihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan juga tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri C0VID 19 kepada individu belum atau menolak v.aksin, yang mahu merentas negeri.
Katanya, cadangan mewajibkan ujian kendiri sudah dikaji dan pihaknya mendapati ia sukar untuk dikuatkuasakan, sekali gus berharap semua pihak perlu jujur dan bertanggungjawab bagi memastikan kes.elamatan diri dan keluarga jika mahu merentas negeri.
“Kita dah kaji cadangan itu tapi tiada cara untuk kuat kuasakannya. Takkan nak laksana sekatan jalan raya untuk periksa setiap individu, kerana rakyat akan m.arah jika jalan sesak sedangkan mereka sudah tunggu lama untuk rentas negeri.
“Ini tidak seperti gelembung pelancongan di Langkawi kerana jumlahnya tidak ramai. Ini rentas negeri babitkan jalan keluar masuk di semua negeri, mustahil untuk kita periksa semua.
Kenyataan Dari Ismail Sabri
Kebenaran rentas negeri akan dibuat serentak untuk seluruh negara, diumum dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar va.ksinasi populasi dewasa 80 peratus, apabila purata v.aksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus.
Kredit : BH/Sinar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://aud1r8.com/
Be the first to comment on "Lepas Ramai Menunggu Rentas Negeri, Akhlrnya Ini Kenyataan Dari Ismail Sabri"