Adik kepada usahawan Neelofa, Ameera Khan memang cukup dikenali sebagai pempengaruh fesyen yang sering memperagakan pakaian dan aksesori berjenama mewah dari luar negara.
Sebut sahaja jenama mewah yang ada, pasti ada antaranya yang pernah digayakan oleh Ameera. Sungguhpun wanita berusia 21 tahun itu sudah pun mengenakan tudung, namun, gayanya sebagai seorang ‘fesyenista’ tidak pernah kalah di mata peminat.
Terbaharu, Ameera menerusi akaun Instagramnya, @littlemisskhan memuat naik beberapa siri gambar yang menampilkan dirinya melaram beberapa persalinan dan aksesori daripada jenama Miu Miu.
Jika dilihat pada tag nama di setiap gambar, foto-foto yang dimuat baik adalah dengan kerjasama majalah Citta Bella Malaysia.
Ameera menggayakan topi kait bvlu, tas tangan bvlu dan beberapa lagi aksesori terbaharu daripada koleksi jenama berkenaan. Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah sepasang but bvlu tebal yang disarungkan pada kakinya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Ingatkan karpet Nilai 3,” tulis seorang pengguna Instagram ringkas pada ruangan komen.
Kemudian, ada juga yang menyamakan Ameera dengan puteri negara Mongolia.
“Hanya membuatkan saya terfikirkan puteri dari Mongolia!” tulis seorang lagi pengikutnya.
Sementara itu, menerusi gambar seterusnya, gaya topi yang dipakai oleh Ameera turut menjadi persoalan memandangkan dia kini telah mengenakan hijab.
Bagaimanapun, pertanyaan tersebut dijawab oleh seorang pengguna Instagram. Katanya: “Maknanya, kamu tidak tahu apa-apa mengenai fesyen saya rasa,” tulisnya.
Namun, komen berkenaan dibalas semula oleh netizen yang sama itu tadi. Katanya: “Haha okay, fashion over a proper hijab… oh well,” tulisnya.
Komen netizen:
Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://www.sinarviral
Be the first to comment on "But Bvlu Disamakan Dengan Karpet Nilai 3, Gambar-Gambar Fesyen Ameera Khan Tarik Perhatian Netizen"