Identiti Pelakon Kant0i Ambil D4dah Di Ded4hkan. Penerbit Filem Tampil Bagi Penjelasan

PIHAK produksi sebuah telefilem tidak bertanggungjawab dengan penahanan pelakon Niezam Zaidi dan dua kru yang terlibat dalam pembikinan karya berkenaan kerana apa yang mereka lakukan itu adalah kesalahan yang bersifat peribadi.

Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri berkata, pembikinan telefilem berkenaan yang diadakan di Kuala Kangsar sebenarnya sudah berakhir pada Sabtu lalu dan mereka sepatutnya pulang untuk menyambung penggambaran di Kuala Lumpur, melainkan Niezam yang telah tamat tugasnya.

“Sepatutnya mereka dah selesai penggambaran dengan kami dan boleh pulang tapi mereka memilih untuk terus berada di homestay,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Terdahulu mStar melaporkan artis dan dua kru iaitu masing-masing pengarah dan penolong pengarah yang sedang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah inap desa di Persiaran Jati Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.

Mereka dita.han dalam bilik berasingan kira-kira pukul 7.15 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

Syafiqa ulas mengenai penahanan seorang pelakon dan dua kru telefilem terbitan produksinya. (Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri )

Hasil ujian air kencing mendapati pelakon dan pengarah positif da.dah jenis THC atau Tetra Hydrocan.nibal.

Manakala penolong pengarah pula didapati positif da.dah jenis AMP dan methamp.hetamine.

Berikutan kejadian itu netizen mula mendedahkan mengenai identiti ketiga-tiga suspek termasuk mengaitkan nama pelakon Niezam Mohd Zaidi yang berasal dari Ipoh, Perak.

Dalam pada itu, Syafiqa berkata dia dimaklumkan mengenai penahanan ketiga-tiga mereka pada Ahad namun tidak dapat mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

Katanya, pihak produksi memandang serius kejadian itu dan telah mengambil tindakan drastik untuk menggantikan pengarah dan pembantu pengarah berkenaan bagi menyelesaikan baki beberapa babak telefilem berkenaan.

“Penggambaran di Kuala Kangsar dah selesai, kita akan beralih ke lokasi di Kuala Lumpur pula. Kami akan menukar pengarah lain untuk menyelesaikan baki penggambaran.

“Cumanya masih belum tahu lagi bila penggambaran akan disambung… kita kena susun semula jadual, tapi berkemungkinan akan disambung dalam masa terdekat.

“Untuk adegan membabitkan pelakon itu pula, semua wataknya sudah selesai dilakukan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap dari Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar yang dihubungi mStar mengesahkan tentang penahanan terbabit.

“Mereka masih dalam tahanan bagi membantu siasatan. Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan terbaharu yang boleh dikongsi,” katanya.

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Identiti Pelakon Kant0i Ambil D4dah Di Ded4hkan. Penerbit Filem Tampil Bagi Penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*