Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dilihat berkunjung ke rumah penyanyi, Elyana bagi memberi kata-kata semangat serta doa agar pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ itu kembali sihat sepenuhnya.
Sebak rasa ziarah @elyanaofficial1 suami dan anak-anak. Beliau ceria dan senyum walau k4nser yang dilaluinya berat. Subhanallah. MasyaAllah betapa kekuatan dan kebaikan elyana dan keluarga. Suaminya seorang yang baik dan kuat. Katanya syukur mendapat suami baik yang sudi menemannya dalam keadaan senang dan susah. Katanya setelah melaluinya ini semua ustaz. Saya rasa bahagia dan menikm4ti ujian ini. Rupanya syukur ubat paling mujarab. Terima kasih pada Allah.
View this post on Instagram
Menurut Ustaz Ebit, Elyana sentiasa ceria dan senyum walaupun terpaksa menanggung kesak1tan disebabkan penyakit k4nser. Tambah Ebit, suami kepada Elyana iaitu Khairul sangatlah baik orangnya dan sentiasa menjadi peneman tatkala isterinya sering dimasukkan ke hospital.
Syukur pada Allah. Beliau menjadi asbab kekuatan buat ramai rakyat Malaysia yang diuji dengan k4nser dan ujian hidup. InsyaAllah kita sama-sama doakan buat elyana Allah beri sihat sembuh padanya. Kekuatan dalam melaluinya. Semua ujian hanya kerana Allah sayang.
Bercerita lebih lanjut, Elyana dan suaminya tidak henti meluahkan rasa syukur sebaik sahaja mereka menerima kunjungan daripada Ustaz Ebit. Ustaz Ebit turut berasa terharu apabila pasangan berkenaan memberitahu bahawa mereka sentiasa mengikuti cara dakwahnya. Malah, Elyana dan suami berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan Ustaz Ebit dan mendapatkan doa daripadanya.
Alhamdulillah. Rezeki saya dan keluarga malam ini dapat kunjungan istimewa dari ustaz @ebitlew. Kunjungan ustaz ini menambah kan semangat dan aura positive kepada saya.Banyak ilmu yang saya dapat malam ni. Terima kasih ustaz @ebitlew kerana sudi menziarahi saya. Semoga ustaz dan keluarga selalu dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik,umur yang panjang dan bahagia di dunia dan akhirat.
Menurut Elyana pula, kunjungan Ustaz Ebit semalam, ternyata memberi semangat dan aura yang positif buat dirinya. Lebih terharu, Ustaz Ebit turut membawa buah tangan serta memberi hadiah istimewa buat dirinya dan suami. Ujar Elyana, mendengar kesusahan ujian orang lain, membuatkan dirinya berasa sangat bersyukur.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Oh Bulan
Be the first to comment on "Ebit Lew Tersentuh Lihat Kekuatan Elyana & Suami Harungi Ujian Kehidupan – ‘Rupanya Syukur Ubat Paling Mujarab’"