Hilang Penat BersaIin, Bila D0ktor Penyayang Siap Beri Ciuman Macam Ibu Sendiri

Pengalaman ketika melahirkan cahaya mata sudah tentu tidak dapat dilupakan bagi seorang wanita. Selain ditemani suami, doktor juga memainkan peranan untuk memastikan emosi si ibu stabil sepanjang proses tersebut.

Bagi seorang wanita yang dikenali sebagai Shameen, dia memuat naik vide0 di aplikasi TlkT0k berkongsi pengalaman ketika melahirkan anak sulungnya Aysha Humaira secara normal di sebuah pusat perubatan di Selangor, minggu lalu.

“Pengalaman pertama di bilik bersalin, sak1t tapi berbaloi,” tulisnya ringkas.

Menerusi vide0 berdurasi hampir dua minit itu, dapat dilihat suaminya Aiman Zahin setia berada di sisi bagi menenangkan kesak1tan dialami dengan bantuan doktor yang menyambut bayi mereka iaitu Dr Khamsiah.

Lebih menjadi perhatian apabila doktor tersebut sempat mengambil masa memberikan kata-kata semangat dan kucupan di dahi wanita berusia 27 tahun itu selepas bertarung nyawa melahirkan bayi perempuan berkenaan.

“The best doctor”

Menerusi video berbeza, dia berkongsi kata-kata positif dititipkan oleh Dr Khamsiah yang disifatkan sangat bermotivasi sekali gus boleh menjadi sumber kekuatan bagi golongan ibu.

“Dah selamat bersalin ni, dosa kita semua dah terhapus macam kain putih. Macam mana awak sak1t, macam tu la d0sa awak gugur. Tahniah mama,” tulisnya berdasarkan kata-kata Dr Khamsiah.

Sementara itu, Shameen turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang berusaha mengumpul duit menanggung kos perubatan yang mahal demi memberikan keselesaan ketika bersalin.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ! I did it. Tersangat la sak1t ye beranak ni. Hampir putus asa masa push tapi Dr Kham bagi kata2 semangat terus keluar seketul Aysha Humaira. Dr yang very motherly siap cium lepas beranak. Terharu sebab takde mak dah.

“Special thanks untuk suami sebab usaha gila2 kumpul duit nak bagi bini beranak selesa, takut bini royan la tu nanti. Tapi serious memang berbaloi dan sangat3 selesa,” kongsinya menerusi satu posting di laman Instagram.

Sesape yg still ade mak, hargailah mak korang..Rasa mcm berdosa gila dlu selalu lawan ckp sak1t gila kot beranak Suami2, hargailah pengorbanan isteri korang, x salah kumpul duit sikit utk bg isteri beranak selesa..atleast rasa sak1t tu kurang sikit bila dpt layanan tip top.Bini dah bertarung nyawa, ape lah salah berkorban duit sikit hehehehe yg pasti Andorra best. Aiman ckp not boleh repeat sini tp lambertt lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://livenewszone.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Hilang Penat BersaIin, Bila D0ktor Penyayang Siap Beri Ciuman Macam Ibu Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*