“Saya Tidak Mahu Menyusahkan Suami” – Adira

Umum mengetahui bahawa penyanyi Adira Suhaimi merupakan isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Red dan mereka mempunyai tiga cahaya mata bersama.

Lebih selesa berdikari, Adira Suhaimi memilih untuk mencari pendapatan sendiri walaupun memiliki suami yang mampu untuk menanggung kehidupan sehariannya.

adira suhaimi

Katanya, dia tidak mahu mengharapkan suami dan mempunyai persediaan untuk masa hadapan kerana mahu berada bersama pasangan semasa susah dan senang.

Jadi, saya tidak mahu menyusahkan suami, jadi biarlah saya bekerja. Saya anggap lebih senang apabila saya memiliki duit sendiri boleh juga dikongsi pada keluarga, adik beradik dan mereka yang memerlukan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝔸𝔻𝕀ℝ𝔸 𝕊𝕌ℍ𝔸𝕀𝕄𝕀 (@adira.suhaimi)

Wanita itu juga mengakui bahawa dia lebih bepuas hari sekiranya membeli barangan kemahuan menggunakan duitnya sendiri. Adira turut berkongsi bahawa dia turut menabung buat anak-anak, kerana dia juga tidak tahu umurnya panjang atau tidak.

Selain itu, dia tergerak hati membuka perniagaan kerana ingin membantu orang lain yang dalam kesusahan.

Saya pernah berdepan dengan kesusahan hidup, saya tahu bagaimana rasa peritnya apabila bergelut dengan bebanan kewangan.

Sekadar pengetahuan, penyanyi wanita itu sudah pun empat bulan berkecimpung dengan perniagaan makanan tambahan dan semakin yakin dan untuk mengembangkan bisnesnya itu kini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://beautifulnara.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Tidak Mahu Menyusahkan Suami” – Adira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*