[VIDEO] “Bertuah nya…” Anak Fizo Omar berbual dengan Fazeera jadi perhatian pengguna TikTok

Nampaknya selepas Fizo Omar mengesahkan perkahwinannya dengan seorang gadis Sarawak bernama Fazeera Nazri Aziz, tidak henti-henti pasangan sama cantik, sama padan ini menjadi tumpuan.

Menerusi media sosial juga, peminat di pelbagai platform mengucapkan tahniah kepada Fizo Omar yang kini bergelar seorang suami kepada gadis pilihan hatinya.

Seperti yang sedia tahu juga, pelakon Fizo Omar mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam dimana kini berusia 4 tahun dan sering sahaja mencuri tumpuan peminat terhadap si cilik comel ini.

Namun begitu di ruangan TikTok, video yang memaparkan Fazeera bersama anak Fizo Omar menjadi perhatian apabila melalui aplikasi popular tersebut dikongsikan rakaman pendek mereka sedang berbual.

Anak Fizo Omar yang dilihat tidak kekok dengan Fazeera mengundang video tersebut juga mendapat perhatian pengguna TikTok dengan 1.8 juta telah ditonton oleh wargamaya.

Dalam pada itu juga, hantaran video di ruangan TikTok terbabit bersama satu rakaman video turut menerima pelbagai pujian dan tak kurang juga, netizen mendoakan yang terbaik buat keluarga bahagia ini.

“Bertuah adik Maryam ada dua mummy sayang kat dia”

AnakIMG_20211025_085558

“Cantiknya awak… semoga bahagia sampai ke Jannah…”

IMG_20211025_085633Anak

Anak

“Maryam pun suka dapat mak baru…”

IMG_20211025_085719IMG_20211025_085737

Sumber:HCL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://newzpower.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Bertuah nya…” Anak Fizo Omar berbual dengan Fazeera jadi perhatian pengguna TikTok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*