Mengaku vokal capai standard AJL, Iqbal berangan bertanding di pentas besar – “Saya nyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun”

BELUM sempat single pertama diperdengarkan kepada umum, usahawan yang kini bergelar penyanyi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli sudah memasang angan-angan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Ujar Iqbal, 27, taruhannya menerusi lagu Hujan selain paduan vokal yang baik mampu untuk bersaing di pentas berprestij itu.

“Sekiranya ada rezeki untuk ke AJL saya okay je. Tidak la rasa tergugat sangat sebab suara saya ketika menyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun.

“Tapi semestinya kena ada persediaan yang rapi, saya perlu lebih banyak latihan kalau ada rezeki ke AJL nanti.

 

Poster single pertama Iqbal.

“Saya sedar diri dan saya tidak la mahu berlagak, tapi kalau ada rezeki ke AJL apa salahnya. Namun saya tetap hormat orang lama dan akui saya masih belajar,” katanya kepada mStar.

Video muzik (MV) lagu Hujan ciptaan Eriq Fuzi daripada kumpulan Floor 88 bakal dilancarkan menerusi saluran YouTube Rusa Music pada petang Isnin.

Idea menghasilkan lagu yang mengisahkan tentang perjalanan kisah peribadinya itu muncul selepas hubungan cintanya bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berakhir dengan perpisahan.

Netizen boleh nilai sendiri sama ada ini adalah marketing produk saya atau tidak.

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN/ PENYANYI

Bercerita lanjut tentang debut pertamanya itu, Iqbal akui berdebar-debar menanti reaksi orang ramai.

Namun katanya dia berpuas hati dengan hasil dan pencapaiannya setakat ini.

“Perasaan berdebar bercampur dengan teruja. Banyak persoalan timbul dalam fikiran saya… risau jika ada cemuhan dan makian.

“Perkara ini baru bagi saya, saya tak tahu apa komen dan reaksi orang industri terhadap saya.

“Kadang-kadang pula saya rasa nak balas dendam, nak buktikan saya boleh buat yang terbaik dan bukan drama semata-mata,” katanya lagi.

Tambah Iqbal dia berharap pendengar memberi peluang untuknya menghiasi dunia seni dengan bakatnya selain mahu menjadikan lagu ini sebagai coretan perjalanan hidupnya.

Terang Iqbal, pemilihan judul lagu tersebut juga memberikan gambaran tentang apa yang pernah dialaminya suatu ketika dulu.

“Lagu ni berdasarkan pengalaman hidup saya. Saya pernah dihalau diberhentikan kerja pada waktu hujan. Saya di buang tanpa pertimbangan.

“Netizen boleh nilai sendiri sama ada ini adalah marketing produk saya atau tidak,” ujarnya.

Sumber: mStar

 

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendinggiler.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mengaku vokal capai standard AJL, Iqbal berangan bertanding di pentas besar – “Saya nyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*