“Ayang mak balik!” – [VIDEO] Ibu Teruja Lihat Anak Depan Mata Selepas Lama Berpisah Sebab PKP

Sejak negara kita dah dibenarkan untuk rentas negeri pada 11 Oktober lalu, tak dapat dinafikan memang ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing apatah lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa. Mana taknya, nak dekat 2 tahun kita kena stay at home je…

Dengan menggunakan peluang tersebut, ramai yang membuat kejutan dengan pulang ke rumah ibu bapa mereka secara tiba-tiba. Ada yang menggunakan cara kononnya menjadi orang yang membuat penghantaran barang.

Dalam banyak-banyak video yang dikongsikan, bagi Min ada satu video yang dikongsikan kelihatan sangat comel untuk hubungan ibu dan anak. Video itu boleh ditonton menerusi akaun TikTok @haznifalizaahmad.

Jika dilihatkan dalam video itu, ibu kepada pemilik akaun tersebut, pada awalnya masih tidak dapat mengec4m anak lelakinya kerana dia berpakaian baju hujan dan juga berpelitup muka dan berlakon seperti seorang penghantar barang.

Video:

@hasnifalizaahmad Rindu yang terpendam semenjak pkp…suprise buat bonda tersayang….#ayangmak ♬ original sound – Hasnifaliza Ahmad

Namun, sebaik sahaja anak lelakinya menurunkan baju hujan, ibunya kelihatan sungguh gembira dan memelvk erat seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berada di depan matanya.

“Ayang mak! Ayang mak! Ayang mak dah balik!” – Ibu

Di bahagian komen pula, ramai juga yang memberi reaksi positif dengan mengatakan yang mereka turut tersenyum melihat suasana yang menggembirakan itu dan juga menunjukkan rasa syukur kerana anak lelakinya dapat juga pulang ke rumah ibunya.

Komen Netizen:

Dapat juga ibunya ubat rindu berjumpa kembali dengan anaknya. Boleh disimpulkan yang sekecil-kecil perbuatan dari anak juga boleh menggembirakan ibu bapa sehingga membuatkan mereka senyum dan teruja.

Harapnya awak terus buatkan ibu awak gembira. Teruskan menjadi anak yang soleh okay?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Lobak Merah

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ayang mak balik!” – [VIDEO] Ibu Teruja Lihat Anak Depan Mata Selepas Lama Berpisah Sebab PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*