[VIDEO] Tiz Zaqyah Nyanyikan Lagu Bukan Aku Tak Cinta, “Agnez Monica Malaysia”

Pelakon wanita bernama Tiz Zaqyah ini cukup sinonim dengan drama Nur Kasih. Lakonannya dalam drama itu cukup memberi kesan sehinggakan ramai yang masih mengingati karakter Nur sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, satu video yang memaparkan Tiz Zaqyah menyanyi ini telah membuatkan ramai teruja mendengarkannya. Tak sangka rupa-rupanya Tiz Zaqyah memiliki bakat menyanyi dan suaranya juga cukup unik sekali.

Dalam rakaman tersebut kelihatan Tiz Zaqyah nyanyikan lagu bukan Aku Tak Cinta sambil diiringi pemain muzik secara langsung dari lokasi. Suaranya yang serak-serak basah membuatkan ramai memuji nyanyian Tiz Zaqyah ini.

Berikut adalah perkongsian rakaman Tiz Zaqyah yang dimuat naik menerusi akaun TikTok ini:

@tiz.zaqyah #tiztok #fyp #cover #foryou ♬ original sound – tiz.zaqyah

Fuh, padu habis suara nyanyian pelakon jelita ini! Lain dari kebiasaan nyanyian Tiz Zaqyah dalam rakaman tersebut. Perkongsian rakaman Tiz Zaqyah nyanyikan lagu tersebut telah meraih hampir 500 ribu tontonan dan 38 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dan teruja mendengarkannya dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“I love watching u singgg. Nampak Tiz Zaqyah menghayati dan enjoy gila”

Tiz Zaqyah Nyanyikan Lagu 4

“Best suara Tiz Zaqyah. Padu”

Tiz Zaqyah Nyanyikan Lagu 3

“Bila boleh menyanyi tanpa kisah mimik muka macam mana. Biasanya nyanyiannya bagus”

Tiz Zaqyah Nyanyikan Lagu 2

“Patutlah Azlan Typewriter pernah kata suara Tiz Zaqyah sedap”

Tiz Zaqyah Nyanyikan Lagu 1

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Tiz Zaqyah Nyanyikan Lagu Bukan Aku Tak Cinta, “Agnez Monica Malaysia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*