PM Akhirnya Umum T4rikh Bayaran B4ntuan Khas CVD (BKC) Fasa 2

Bayaran Fasa 2 bagi Bantuan Khas CVD-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis ini, membabitkan peruntukan sejumlah RM300 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan peruntukan itu ia akan memberi manfaat kepada 700,000 penerima termasuk isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

“Ingin saya tegaskan kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik CVD-19.

“Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat p4ndemik CVD-19.

Beliau berkata, pembayaran Fasa 1 BKC selesai dibuat pada September yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion dan memanfaatkan hampir 10 juta penerima.

Ismail Sabri berkata, bayaran seterusnya bagi Fasa 3 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada Disember ini yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

“BKC adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi,” katanya.

Menerusi jadual yang dilampirkan, bagi bayaran Fasa 2 ia hanya membabitkan kategori miskin iaitu sebanyak RM500 diberikan kepada isi rumah dan masing-masing menerima RM300 bagi individu bujang dan warga emas bujang atau

PM Memuat naik status di Facebook beliau

“Sukacita saya umumkan, bayaran Bantuan Khas CVD-19 (BKC) Fasa 2 akan dibuat bermula esok, 25 November 2021.

” Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas.

“Semakan status kelulusan boleh dibuat di portal rasmi BKC.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Trndingsgt.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "PM Akhirnya Umum T4rikh Bayaran B4ntuan Khas CVD (BKC) Fasa 2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*