[VIDEO] Vida Respon Setelah Iqbal Sudah Bawak Diri Ke Negara Seberang Dan Ingin Dekati Rossa

KETIKA kecoh kisah usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli membawa diri ke Indonesia kerana merajuk, Datuk Seri Vida mempersoalkan kemampuan bekas pembantu peribadinya itu dalam mencari pengganti.

Ujar ahli perniagaan sensasi itu, dia yakin Iqbal tidak berjaya menemui penganti baharu di negara seberang itu lebih-lebih lagi wanita yang seperti dirinya.

“Kata dia nak cari penganti di Indonesia, tapi boleh ke nak cari penganti macam aku? Saya rupawan dan genit-genit manja.

“Kau mampu nak cari pengganti seperti aku? tidak sekali-kali! Sekarang saya enjoy dengan kehidupan saya” katanya kepada mStar.

 

Sementara itu, Vida turut bersyukur anaknya iaitu Cik B telah kembali pulih selepas dijangkiti C0v1d-19.

“Akhirnya Cik B dah bebas daripada C0v1d-19, Alhamdulillah proses penyembuhan sangat cepat dan saya sangat bersyukur,” katanya.

Terpikat Dengan Sikap Lemah Lembutnya, Iqbal Mahu Dekati Rossa

Ambil keputusan membawa diri ke negara Indonesia, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkifli memberitahu kini cuba mendekati penyanyi terkenal negara seberang, Datuk Sri Rossa.

Iqbal, 27, yang menemui penyanyi lagu Pudar itu pada Ahad menyifatkan beliau seorang yang lemah lembut, sopan dan minimalis dalam berfesyen.

“Semalam saya dijemput untuk tayang perdana filem Love Knots dan kebetulan Rossa ada hadir sebagai salah seorang yang penting dalam filem itu.

“Saya rasa saya nak kenal Rossa dengan lebih dalam dan dekat sebab dia sangat humble. Tapi tak ada niat nak rosak hubungan dia dengan siapa-siapa pun hanya nak berkenalan.

“Saya suka tengok dia, dia profesional, humble, low profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising, minimal, tidak sarat bila berfesyen dan bercakap pun lemah lembut,” katanya kepada mStar.

Ujar Iqbal, selepas berpindah ke Indonesia dia berasa lega kerana kedatangannya disambut baik netizen di negara itu.

Dia yang berniat untuk tinggal lama di sana cuba untuk mencari peluang dan ruang memasuki pasaran Indonesia sekiranya ada rezeki.

 

“Saya rasa akan duduk lama dekat sini tapi tak tahu sampai bila sebab rasa tak berapa tenang dekat Malaysia.

“Saya juga dalam proses untuk masuk program TV di sini tapi tak berani lagi nak confirm, masih dalam perbincangan.

“Saya juga try nak approach Melly Goeslow untuk buat lagu, tapi tengok dulu rate mereka. Saya suka dengan melodi dan arrangement lagu mereka.

Dalam pada itu, tambah penyanyi lagu Hujan ini, dia mahu mencari ketenangan dan mengelakkan diri daripada memikirkan masalah yang tercetus di Malaysia.

“Yang sejujurnya saya memang nak bawa diri nak lari sekejap. Bukan tak ada arah tujuan. Saya akan ambil masa yang lama akan duduk sini.

“Saya rasa harus pandang ke depan dan nak hidup saya lebih banyak perkembangan,” ujarnya berangkat ke Indonesia pada Jumaat lalu.

SUMBER: Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendinggiler.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Vida Respon Setelah Iqbal Sudah Bawak Diri Ke Negara Seberang Dan Ingin Dekati Rossa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*