Lelongan gagal! Ini yg berlaku kepada pembida harta Sajat selepas dia keluar ambil duit RM132,000

LELONGAN aset usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat yang dilakukan pada Selasa gagal selepas lelaki yang membuat bidaan tertinggi iaitu RM132,000 menghilangkan diri.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan memberitahu mStar, lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol tidak munculkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sebaik sahaja sesi bidaan dilakukan tamat.

Oleh yang demikian, Nurul Hafidzah berkata, lelongan akan dilakukan sekali lagi pada minggu hadapan.

TONTON VIDEO SEKITAR PROSES LELONGAN!

“Pembida itu kata wang tunai dia di rumah, jadi kami kata bagi sahaja bank draf dahulu tapi sampai sekarang dia tak muncul.

“Padahal bank draf kejap saja, kita syak pembida ini orang rapat kepada seorang lagi usahawan terkenal.

“Jadi bidaan gagal dan sesi lelongan akan dibuka semula minggu depan,” katanya kepada mStar.

Antara barang Sajat yang dilelong.

Dalam pada itu, Nurul Hafidzah berkata, lelaki berkenaan juga tidak menandatangani apa-apa kontrak yang sepatutnya.

Dia juga menjangkakan lelaki itu dihantar oleh individu lain yang berniat menangguhkan lelongan.

Pembida itu kata wang tunai dia di rumah, jadi kami kata bagi sahaja bank draf dahulu tapi sampai sekarang dia tak muncul.

Terdahulu, pagi Selasa seorang lelaki bernama Mohd Syazwan berjaya membida kesemua 39 barang milik usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat di Kota Damansara.

Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.

Harta Sajat dilelong pagi Selasa.

Sementara itu menurut peguam Zeti Zulkifli yang ditemui mStar, bidaan dibuat sebanyak enam kali membabitkan lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga.

Proses bidaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa.

Pembida perlu menyediakan wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu.

Untuk rekod kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM75,000.

Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier.

Tak boleh masuk sebab lewat

Sementara itu, seorang wanita yang berhasrat membeli barangan Sajat yang dilelong, pulang hampa berikutan proses pendaftaran untuk bidaan barangan berkenaan ditutup.

Wanita itu yang mahu dikenali Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur tiba agak lewat dan cuba merayu untuk masuk namun tidak dibenarkan kerana proses bidaan sudah bermula.

Ketika ditemui media di luar rumah usahawan kosmetik itu, dia tertarik dengan barangan dekorasi yang sering ditonjolkan Sajat dalam media sosial sebelum ini.

Saya tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat (bida). Saya bukanlah pengikutnya (Sajat) di media sosial tapi selalu nampak dekorasi rumahnya melalui videonya yang tular.

Tapi tiada rezeki saya untuk masuk walaupun sudah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lelongan gagal! Ini yg berlaku kepada pembida harta Sajat selepas dia keluar ambil duit RM132,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*