Duit kwsp kembali hangat diperkatakan oleh rakyat. Rupanya ini sebab kenapa Ismail Sabri masih belum bagi jawapan tentang icitra.

Petaling Jaya – Isu pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP, i-Citra RM 10,000 kembali hangat diperkatakan di media sosial. Orang ramai berpendapat bahawa simpanan KWSP tersebut perlu diluluskan segera ketika ramai sasaran terjejas akibat banjir yang sedang melanda negara ketika ini.

Rata-rata orang ramai turut berharap agar kerajaan terus meluluskan pengeluaran wang tersebut sekali gus tanpa syarat memandangkan ramai yang memerlukan ketika ini. “Luluskan sahaja pengeluaran i-Citra RM 10,000 tu, kebetulan dengan keadaan sekarang. Ada yang nak baiki kereta, rumah, kenapa susah sangat.

“Cukup-cukup lah berbincang, mesyuarat bagai, duit itu pun hak pencarum,” jelas Zariff Hadi. “Tengok keadaan sekarang memang ramai yang memerlukan, pembukaan sekolah pun dah nak dekat. Banyak persediaan dan barang yang perlu diganti.

Zahid mahu i-Citra RM 10,000 diteruskan

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berpendapat menteri kewangan perlu meneruskan skim i-Citra melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP susulan b.anjir t.eruk yang mel.anda negara. Jelasnya, walaupun kerajaan telah mengumumkan sejumlah bantuan kewangan, tetapi harus diakui ia belum mencukupi.

“Sasaran memerlukan modal untuk membina semula kehidupan selepas bncana ini berakhirnya sepenuhnya. Mencukupkan semula kelengkapan dan keperluan diri serta keluarga yang telah msnah akibat ditenggelami air. “Kenderaan, perabot serta peralatan rumah, pakaian, makanan dan segala-galanya. Bagi peniaga pula perlu melengkapkan semua peralatan perniagaan untuk kembali mencari rezeki. “Dalam keadaan begitu amat wajar menteri kewangan memenuhi permintaan rakyat agar skim i-Citra dilanjutkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dr Asyraf Tanya Buat Kesekian Kali

Walaupun hanya seketika sahaja, sempat saya buat kesekian kalinya menyuarakan kepada YAB PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi pihak rakyat yang ramai amat mengharapkan RM 10k KWSP secara one-off. Walaupun kini banyak pihak seperti Kesatuan Sekerja sudah mulai menekan PM supaya jangan membenarkan lagi pengeluaran KWSP, saya merasakan pengeluaran untuk kali terakhir ini penting bagi kebanyakan rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka akibat terkesan dengan Pandemik dan PKP dengan pelbagai komitmen dan hutang tertunggak.

Malah ada pula yang sudah jatuh ditimpa pula tangga akibat banjir luar biasa yang mel.anda di banyak tempat seluruh Malaysia. YAB PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beritahu saya bahawa “semua persatuan pekerja spt ceupac, mtuc dll membantah. Mereka mahu jaga masa depan pencarum bila tiba waktu bersara. 20 peratus pencarum yg majoriti org melayu simpanan tinggal 1k dan Automatik jadi m.iskin tegar bila pencen”.

Saya punya pandangan berbeza kerana bagi saya keadaan sukar dan luar biasa ketika ini terutamanya setelah melalui PKP berpanjangan akibat PKP benar2 merubah status ekonomi rakyat hingga rata2 dalam keadaan terdesak dan tertekan untuk kelangsungan hidup. Lagipun ini adalah kali yang terakhir untuk rakyat yang susah dapat memulakan penghidupan baru. Pilihan juga boleh diberikan hanya kepada mereka yang memiliki simpanan yang mencukupi.

Lagipun dengan pembukaan ekonomi mereka boleh kembali berusaha untuk menampung kelompongan simpanan hari tua dengan memulakan aktiviti ekonomi yang dijana melalui modal hasil pengeluaran RM 10k tersebut.

Kredit : FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Dato Zahid Hamidi Pulak Mohon Menteri Kewangan Sambung I Citra. Sekali Ini Penjelasan Presiden UMNO Kenapa Ianya Perlu Dibuat Sekali Lagi.

Skim pengeluaran i-Citra yang bakal berakhir pada bulan ini wajar disambung memandangkan ekonomi rakyat masih belum pulih sepenuhnya. Ini menyebabkan tidak semua rakyat bersedia untuk kembali membayar komitmen mereka. Masih ada belum mendapat pekerjaan yang stabil, yang berniaga juga belum memperoleh keuntungan dan sebagainya.

Lantaran itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menaruh harapan agar menteri kewangan memenuhi permintaan rakyat supaya menyambung i-Citra. Katanya, pencarum yang mempunyai simpanan mencukupi wajar dibenarkan untuk mengeluarkan wang mereka sekali lagi.

”Sekurang-kurangnya mereka dapat bertahan sedikit masa lagi dengan harapan keadaan akan bertambah baik selepas itu,” kata beliau. Ahmad Zahid menambah, kesan pandemik CvdI9 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan suam-suam kuku ternyata memberi implikasi ekonomi yang sangat teruk.

”Bukan sahaja kepada ekonomi negara, malah terhadap ekonomi rakyat. Pasti mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Jika kerajaan baharu sedang berusaha memulihkan kewangannya, begitu juga rakyat kebanyakan. Jika ada istilah long cvd dalam aspek kesihatan, ini pula boleh dianggap sebagai long cvd dalam aspek ekonomi,” ujarnya. Sumber : Malaysia Gazette

Baru Saja Warganet Minta KWSP Luluskan I Citra 10k One Off. Sekali Ini Yang Pihak KWSP Balas.

PETALING JAYA – Sebelum ini rata-rata rakyat berharap agar Bajet 2022 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberikan pelbagai khabar gembira kepada setiap lapisan masyarakat.

Antara harapan disuarakan mereka ialah berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan memberikan bantuan secara one-off berjumlah RM 10,000 yang akan dikeluarkan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP.

Harapan itu dinyatakan rakyat menerusi ruangan komen di hantaran terbaru Facebook rasmi Tengku Zafrul apabila beliau memuat naik satu poster berkenaan Bajet 2022.

RM 10,000 one-off, harap ada dalam bajet, amin, doa Juan Shahpuddin.

Tidak dapat RM 10,000 one-off, dapat RM 5,000 pun sudah baik, kita tahu kerajaan mesti berat untuk lepaskan RM 10,000 sekali gus, semoga doa kalian termakbul, semoga ada rezeki, amin, kata Hilmi Rahman.

KWSP one off RM 10,000 tanpa syarat harus dilaksanakan, pinta Rockybalboa Man. Semoga KWSP RM 10,000 one-off berjalan lancar dan dipermudahkan urusan rakyat tanpa syarat,” kata Mohdyusrir Yusrie.Sementara itu, Tengku Zafrul menerusi hantaran Facebooknya turut meminta agar rakyat mendoakan pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat berjalan lancar.

Katanya, bajet tersebut begitu penting bagi Keluarga Malaysia untuk mencapai agenda pemulihan yang akan membawa negara keluar daripada pandemik. Insya-Allah, bajet yang dirangka secara inklusif ini akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua. jelasnya.

Pengeluaran RM 10,000 akaun 1 KWSP perlu ambil kira jangka panjang.

Pertimbangan untuk tidak membenarkan pengeluaran RM 10,000 daripada akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP bukan bermaksud kerajaan tidak mampu tetapi lebih kepada memastikan keperluan semasa dan jangka panjang adalah simbang.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beberapa pendedahan yang dibuat oleh KWSP menunjukkan dengan jelas kebanyakan rakyat tidak mempunyai wang persaraan yang mencukupi selepas bersara.

Isunya bukan kerajaan tidak mampu tetapi lebih kepada berhati-hati kerana apa yang dikongsi oleh pihak KWSP adalah kebanyakan rakyat tidak mempunyai wang yang cukup di dalam akaun KWSP mereka.

Boleh, mahu keluarkan semua wang tetapi perlu diingat apabila seseorang itu bersara kemudian hari, bagaimana jika wang itu tidak mencukupi untuk kos sara hidup, siapa pula hendak menanggung, kemampuan ketika itu juga kita tidak pasti,” katanya dalam sesi perbincangan Forum Pasca Bajet 2022 secara dalam talian.

Reaksi Komen Dari KWSP

“Bagi la I citra 10k one off yang terakhir kali. Ada yang mahu bayar itu ini”

“Please KWSP permudahkan urusan pencaum”.

Sekali ini respon daripada pihak KWSP.

“Setakat ini tiada sebarang perubahan pada syarat dan prosedur bagi setiap jenis pengeluaran KWSP sedia ada.”

“Sekiranya terdapat sebarang perubahan , KWSP akan memaklumkan melalui media massa dan laman web rasmi KWSP di www.epf.gov.my.” Kredit : Kosmo/KWSP/OM

Timbalan Menteri Kewangan Dedah Caruman Baharu Buat Pengeluar I Sinar Dan I Citra. Ianya Bakal Dikreditkan Sepenuhnya Ke Akaun 1 KWSP.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, dengan itu pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk Akuan 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2. Caruman baharu ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan simpanan mereka menerusi kemudahan pengeluaran seperti i-Citra dan i-Sinar akan dikreditkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 untuk membina semula simpanan mereka yang telah dikeluarkan.Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, dengan itu pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk Akuan 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.

Menurutnya, berdasarkan statistik KWSP, selepas mengambil kira pengeluaran i-Sinar dan i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif yang berusia 18 hingga 55 tahun yang mempunyai simpanan asas iaitu RM240,000. Angka itu katanya, menunjukkan penurunan berbanding 30 peratus pada 31 Disember 2020 sebelum kemudahan pengeluaran itu dilaksanakan.

“Sudah pasti perkara ini membimbangkan, majoriti ahli dijangka tidak mencukupi simpanan yang mencukupi bagi sekurang-kurangnya menampung keperluan asas kelak. Justeru dalam usaha menambah baik simpanan ahli yang mengeluarkan i-Sinar dan i-Citra, kerajaan telah meletakkan caruman baharu yang diterima ahli yang terlibat akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 sepenuhnya sehingga keseluruhan jumlah pengeluaran Akaun 1 diganti semula,” katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.

Pelbagai langkah dilakukan pastikan ahli KWSP cukup simpanan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan simpanan di Akaun 1 KWSP ditingkat semula. Sementara itu menjawab soalan asal, Che Abdullah mengenai pelan strategi kerajaan untuk menyokong keselamatan persaraan rakyat yang semakin mengecil susulan kebenaran pengeluaran wang KWSP dalam pelbagai skim di bawah pakej rangsangan ekonomi.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan berterusan ke atas Skim KWSP sedia ada. Antaranya kata beliau, pengeluaran umur 55 tahun dan pengeluaran umur 60 tahun yang lebih fleksibel, tempoh tanggungan mencarum iaitu ahli dan majikan wajib mencarum sehingga umur 75 tahun sekiranya ahli masih bekerja, menggalakkan ahli terus kekal aktif bekerja dan majikan mengambil pekerja berumur 60 tahun dan ke atas serta memperkenalkan i-Saraan selain i-Suri. Selain itu ujarnya, KWSP juga akan memperkenalkan pengeluaran baharu pada tahun ini untuk membolehkan ahli membeli produk insurans atau takaful, menyediakan khidmat nasihat secara percuma dan menerusi program Belanjawanku. Sumber : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://erakini.bbn.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Duit kwsp kembali hangat diperkatakan oleh rakyat. Rupanya ini sebab kenapa Ismail Sabri masih belum bagi jawapan tentang icitra."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*