Pelakon senior, Datuk Paduka Mustapha Kamal sememangnya bukan as1ng lagi dalam dunia hiburan. Watak lakonannya sebagai seorang pemilik syarikat sudah amat melekat dalam diri sehingga ramai yang memanggil beliau sebagai ‘daddy’ merujuk kepada watak yang dilakonkan.
Namun begitu, disebalik watak-watak lakonan sebagai seorang bapa kepada anak yang sudah dewasa, kehidupan peribadi aktor berkenaan juga tidak jauh beza.
Beliau juga telah mempunyai beberapa orang anak yang sudah dewasa dan ternyata menjadi perhatian ramai susulan salah seorang anaknya memuat naik video di aplikasi TikTok bersama pelakon tersebut.
VIDEO:1
@salsabil.qurani Happiest Belated to my #1 papa @mustaphakamaal ♬ habibi – gs
VIDEO:2
This took way too long omg
♬ Bukan Hal Aku (feat. Sleeq) – Kaka Azraff
Menerusi video yang dimuat naik oleh @salsabil.qurani itu, dia telah mengucapkan selamat hari lahir buat bapa tersayang dan kelihatan Mustapha Kamal berada di sisinya sambil melayan anak gadisnya merakam video di aplikasi TikTok.
“ Papa saya boleh uruskan syarikat papa ”
Sehubungan dengan perkongsian tersebut ramai yang telah meninggalkan komen di ruangan TikTok @salsabil.qurani dengan pelbagai reaksi menghiburkan terutamanya mereka yang mencuba nasib untuk menambat hati anak kepada pelakon itu.
Mereka juga sempat berseloroh dengan menggunakan dialog-dialog seperti dalam drama lakonan Mustapha Kamal.
” Cantiknya anak Tan Sri “
” Baru tahu siapa pewaris Megah Holding sebenar “
” Semua komen lawak ye. Tapi memang cantik anak dia “
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : TikTok @salsabil.qurani
Be the first to comment on "Anak Gadis ‘BerTikT0k’ Dengan Mustapha Kamal, Ramai Jejaka T4war Diri Jadi Menantu"