Baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa hari lepas, sudah tentulah tak habis lagi orang bercerita tentang Heliza Helmi dan suaminya.
Ye lah.. tiada angin tiada ribut, tup..tup nikah. Nikah pula dengan Datuk Seri, orang kaya, jutawan, hartawan, ugamawan. Sudah pasti banyak persoalan yang bermain di benak fikiran rakyat malaysia. Peminat Heliza khususnya.
View this post on Instagram
Melalui perkongsian Datin Sri Heliza di Laman Instagram miliknya, menurutnya dia dan suami ada dijemput menyertai mengisi satu slot rancangan ‘Wanita Hari Ini’ yang bertajuk ‘Bina Bahagia Dalam Rumahtangga’.
Apa yang menariknya, ketika sudah berada di penghujung rancangan, Uyaina Arsyad yang merupakan hos ada bertanya soalan.
“Apakah yang diharapan dari perkahwinan itu?’”
Datuk Seri Mahadi malah boleh terlepas menggelarkan isterinya dengan panggilan ‘Kak Ja’. Heliza yang berada di sebelah terus tergelak sambil menjengilkan matanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kesilapan yang berlaku tanpa diduga itu. Walau bagaimanapun, mereka faham jika pasangan tersebut pasti belum terbiasa dengan suasana serta status hubungan yang baru.
kredit: dnq.pw
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Instagram Heliza & TikTok adibaizat
Be the first to comment on "Suami Terlepas Sebvt Sesuatu Pada Heliza, Reaksinya Buat Ramai T3rhibur"