PENDAKWAH bebas, Pencetus Ummah Syed (PU Syed) menegur segelintir pengantin baharu yang mengikut trend melakukan video ‘unboxing by husband’ atau ‘unboxing pengantin’ di TikTok.
Kata PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 39, kandungan video seperti itu dianggap sesuatu yang mengarut selain boleh mendatangkan fitnah dalam kalangan masyarakat yang menontonnya.
“Isteri itu hak kita… jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia… semuanya untuk kita sebagai seorang suami.
“Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belaka… tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu.
“Jangan buat perkara mengarut kerana ia tidak mendatangkan faedah kecuali fitnah semata-mata,” katanya.
Berdasarkan tinjauan di TikTok, video ‘unboxing by husband’ mula menjadi ikutan segelintir pasangan pengantin baharu.
Difahamkan ia bertujuan untuk berkongsi kegembiraan selain memberitahu kepada masyarakat bahawa mereka sudah menjadi suami isteri yang sah.
Menerusi perkongsian pengguna di laman TikTok mahupun di platform media sosial yang lain, trend yang semakin digilai ramai itu mendapat kecaman dan kritikan yang hebat daripada orang ramai.
Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.
Video :
Sementara itu, kedua-dua mereka masih memakai busana pengantin dan ia akan dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan.
Rata-rata orang ramai yang menonton akan memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Tak ada rasa malu ka rakam video seperti ini, aurat isteri perlu dijaga oleh suami,” kata Faez.
“Pengantin muda zaman sekarang ini mudah sangat terikut dengan perkara yang kurang baik, kononnya ikut trend, tapi lebih ke arah memalukan diri dan keluarga,” ujar Wan Putri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Mstar, Tiktok amyyusof
Be the first to comment on "“Jangan N0dai Pernikahan…”- PU Syed tegur trend ‘unboxing pengantin’ di TikTok"