Bicara Tvntutan H4rta Sepencarian RM1 Bilion Milik Jamaludin. Ini Perkembangan Terkini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini menangguhkan sehingga 7 April ini perbicaraan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM1 billion yang dikemukakan oleh balu Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis, Puan Sri Dr. Kalsom Ismail melibatkan harta pusaka bekas Ahli Parlimen Rompin itu.

Hakim Syarie Haznita Hamidon menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya didengar hari ini selepas membenarkan permohonan Peguam Syarie Nur Hidayah A. Bakar yang mewakili pihak defendan.

Nur Hidayah memohon penangguhan atas alasan pihaknya perlu meneliti beberapa dokumen termasuk keterangan bertulis Kalsom (plaintif) dan ikatan dokumen yang baru diterima sejurus sebelum prosiding bermula.

Menurut peguam itu, dokumen-dokumen tersebut perlu difailkan selewat-lewatnya pada 30 Jun lalu, namun proses itu tidak dapat dilakukan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 lalu.

Mahkamah turut menolak permohonan Nur Hidayah agar kos RM100,000 diberikan kepada kesemua defendan kerana penangguhan tersebut.

Nur Hidayah menyatakan, defendan-defendan wajar diberikan kos kerana kegagalan plaintif memfailkan dokumen dalam tempoh yang ditetapkan iaitu tujuh hari sebelum perbicaraan bermula.

Sementara itu, Peguam Syarie Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Kalsom ketika ditemui pihak media sejurus mahkamah selesai bersidang menyatakan, anak guamnya

AMINAH Abdullah hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi perbicaraan tuntutan harta sepencarian RM1 bilion milik Jamaludin Jarjis. – UTUSAN/NORLIZAH ABAS

bersedia memberi keterangan pada perbicaraan hari ini.

Namun jelasnya, prosiding terpaksa ditangguhkan kerana pihaknya baru menyerahkan pernyataan bertulis plaintif selain perlu menjalankan semakan dan penyelidikan berhubung beberapa perkara penting untuk dimasukkan dalam dokumen perbicaraan.

Sulaiman memberitahu, perkara itu termasuk penjelasan berhubung undang-undang tertentu yang berkaitan dengan harta-harta milik Allahyarham Jamaludin di Amerika Syarikat (AS).

Kata peguam itu, dokumen tersebut turut mengandungi sejumlah gambar harta yang memerlukan semakan terperinci.

Sulaiman berkata, walaupun defendan mengemukakan aduan bahawa tuntutan itu sudah berlarutan untuk tempoh tertentu, namun pihaknya menjelaskan selaku plaintif, Kalsom mempunyai hak untuk mengemukakan tuntutannya.

Menurut beliau, pihak plaintif juga perlu mengambil kira beberapa tuntutan sivil yang mempunyai kaitan dengan kes itu.

Ketika ditanya nilai sebenar harta yang dituntut, Sulaiman menjelaskan, pihaknya perlu mengambil kira bidang kuasa penilaian harta di sini dan di luar negara sebelum membuat sebarang kenyataan.

Balu Allahyarham Jamaludin memfailkan tuntutan harta sepencarian pada Oktober 2018 namun tidak menyatakan perincian harta tersebut.

Kalsom, 66, selaku plaintif memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat dan Mekah serta beberapa buah syarikat.

Bekas doktor gigi itu menamakan anak-anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa, Noor Adilla, dan ibu Allahyarham Jamaludin, Aminah Abdullah, 88, sebagai defendan pertama hingga kelima.

Allahyarham Jamaludin merupakan bekas Menteri Kewangan kedua dan bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, terlibat dalam nahas helikopter pada 4 April 2015.

Bekas menteri tersebut yang ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima yang lain maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Turut maut, juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier dan Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azlin Alias.

Turut terkorban, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : dnq,pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bicara Tvntutan H4rta Sepencarian RM1 Bilion Milik Jamaludin. Ini Perkembangan Terkini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*