Pelakon Puteri Sarah, memohon Jabatan Imigresen menyenarai hitam bekas pembantu rumahnya dikenali sebagai Lisdawati yang berhajat memasuki negara ini secara hara.m.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia terke.jut apabila Lisdawati dengan yakin memberitahunya mampu menyel.inap masuk ke Malaysia dengan bantuan pihak tertentu.
“Saya terpanggil mahu suarakan hal ini kerana keberaniaannya dengan pengakuan itu, Tolak tepi mengenai perkara buruk yang dilakukannya pada saya sebelum ini tapi niat dia mahu mengikut ‘jalan belakang’ ke negara ini memang membimbangkan.
“Dia (Lisdawati) kini berada di Indonesia dan permit kerjanya di Malaysia sudah tamat tempoh. Dia juga ada menyatakan bahawa dia terpaksa menjaga keluarganya yang dijangkiti wabak C.ovid di kampung halamannya.
“Jadi saya risau apabila dia bukan sahaaja nak masuk secara har.am tetapi dengan vi.rus sekali mahu dibawanya. Saya mohon sangat pihak berku.asa dapat memantau hal ini dan mengesan aktiviti kemasuk.an ha.ram sebegitu,” katanya.
Selain itu, pelakon filem Tipah Tertipu ini berkata, Lisdawati yang bekerja dengannya selama 2 tahun sempat membuat onar dengannya sebelum pulang ke Indonesia, baru-baru ini.
Bukan setakat menyusahkan Puteri Sarah membeli tiket penerbangan, malah bekas pembantu rumahnya itu turut memb.urukkan namanya serta mencu.ri barang kemas miliknya.
“Sewaktu dia pulang ke kampung bulan lalu, saya terpaksa membelikan tiket penerbangan untuknya sebanyak dua kali. Ini kerana dia terlepas penerbangan pertama selepas ujian calitan dibuatnya di lapangan terbang tidak lepas.
“Apabila tiba di Indonesia, saya dapati dia rupa-rupanya sempat membur.ukkan saya depan kawan-kawan saya. Bahkan dia turut mengatur keuntungan puluhan ribu ringgit malaysia dengan menwarkan diri sebagai ejen membawa pembantu rumah dalam kalangan kenalan saya.
“Lebih mengejutkan dia turut mencu.ri barang kemas milik saya, Itupun saya dapat tahu daripada rakan Lisdawati yang mended.ahkan dia akan mendapat wang besar selepas menggadainya di Indonesia,” katanya.
Puteri Sarah juga menga.kui k.es ini bukan yang pertama kalinya dialaminya apabila pembantu rumah melarikan diri. Bagaimanapun, dia terkilan apabila perangai Lisdawati adalah yang paling teruk.
“Selama 2 tahun bekerja dengan saya dia adalah pembantu yang sangat baik, bahkan saya menjaganya dengan baik, beri keperluan cukup dan sentiasa berikan pelepasan untuk pulang kampung. Tak sangka rupanya sifat sebenar dia terbongkar baru-baru ini.
“Dia juga enggan kembali ke sini selepas saya menyuruhnya berbuat demikian kerana mahu tolong perbaharui permit kerjanya yang tamat tempoh,” katanya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Instagram Puetri Sarah Liyana
Be the first to comment on "Puteri Sarah Liyana Ded4h Sikap Sebenar Lisdawati!"