Rumah usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri terbakar gara-gara ‘power bank’ yang ditinggalkan di atas tilam di dalam bilik oleh salah seorang pekerjanya.
Kejadian yang berlaku pada malam tadi membuat mereka sekeluarga dan pekerja yang tinggal di rumah berkenaan panik, namun bersyukur kerana terselamat selepas menyedari kebakaran tersebut lebih awal.
“Pengalaman yang menakutkan saya apabila mendengar jeritan daripada anak-anak, pengawal, pembantu peribadi, pembantu rumah dan tukang kebun.
“Melihat asap naik ke atas ketika saya sedang berada dalam tandas, tidak perasan langsung ada kebakaran. Orang ketuk-ketuk pintu dan menjerit, saya lintang pukang lari sampai tidak cukup tanah.
“Sudahlah rumah saya besar sangat, saya lari sampai tidak jumpa jalan keluar, waktu itu Tuhan saja tahu,” ujar Aliff Syukri yang turut memuat naik video kebakaran dalam Instagramnya.
Tambah Aliff, ketika kejadian dia hanya terfikir untuk menyelamatkan diri dan keluarganya sahaja.
“Waktu itu saya hanya terfikir hendak selamatkan nyawa keluarga saya. Sudah tidak fikir jam tangan mahal, rumah mahal. Saya buntu dan menggelabah,” ujar Aliff lagi.
Dalam pada itu, isterinya Datin Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida Mohd. Rashid berharap kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati menggunakan ‘power bank’.
“Ya Allah syukur, nasib perasan sebab ada bau asap, rupa-rupanya berpunca daripada ‘power bank’.
“Kalian hati-hati, kadang-kadang kita tidak sangka benda kecil pun menjadi punca, jangan pula kata saya gimik hendak bakar rumah untuk buat ‘content’.
“Bilik pekerja saya Idris yang terbakar, selepas ini ‘power bank’ kalau tengah panas lepas cas jangan letak atas katil.
“Alhamdulillah, kami semua selamat. Paling kecoh Aliff, api sudah padam baru hendak telefon bomba,” kongsi Shahida.
Jelas ibu kepada lima orang anak itu lagi, paling penting adalah jangan panik ketika kebakaran berlaku kerana boleh menyebabkan terlupa semua perkara asas untuk menyelamatkan diri.
“Pemadam api ada tetapi apabila sudah panik kita pun lupa rumah kita ada, ingat air saja dalam kepala,” tulis Shahida dalam Instagramnya.
VIDEO:
Selain 30 Bilik Mahligai Aliff Syukri Turut Mempunyai Surau, Gim, Bilik Kebal
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah mengimpikan hasrat untuk memiliki sebuah rumah mewah bak istana sejak usianya 23 tahun.
Menurut Aliff, 31, impian itu muncul ketika dia mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kira-kira lapan tahun lalu.
“Ketika itu saya menerima darjah kebesaran di Istana Pahang dan saya tertarik dengan kemewahan istana dan mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah mewah berkonsepkan begitu.
“Saya sedar saya hanya orang biasa dan bermula daripada situ saya menyimpan azam dan berusaha untuk mencapai impian ini.
Luas dan besar suasana dalam rumah bak istana.
“Alhamdulillah akhirnya tahun 2018, impian saya ini berjaya direalisasikan dan ia adalah hasil kerja keras saya sendiri,” katanya kepada mStar Online.
Aliff ditemui semasa program jelajah media ke kediamannya dikenalii Aliff Syukri Palace di Kota Damansara, di sini pada Selasa.
Rumah dengan rekaan Royal Modern Classic itu mempunyai 30 bilik tidur termasuk surau, gim dan bilik kebal.
Ditanya mengenai kos pembinaan rumah tersebut, Aliff berkata dia lebih selesa untuk merahsiakan tentang hal itu.
Suasana di ruang tamu.
Sementara itu, usahawan yang juga merupakan penyanyi ini memberitahu niatnya berkongsi mengenai kediaman ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau riyak.
Sebaliknya, dia hanya ingin memberi inspirasi kepada masyarakat supaya tidak pernah mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian.
“Demi Allah saya bukan nak riyak. Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, dari tiada apa-apa sehingga tercapai ini semua.
“Saya mahu orang di luar sana menjadikan ini sebagai inspirasi dan jangan pernah mengalah untuk mengapai impian.
Suasana di luar rumah pada waktu malam.
“Harap-harap tak ada yang kecam kerana saya hanya ingin berkongsi yang baik-baik sahaja,” katanya yang merancang menceburi perniagaan jualan perabot selepas ini.
Dalam pada itu Aliff menggunakan perabut di kediamannya ini yang diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.
Keluasan rumahnya ini ialah 40,000 kaki persegi.
Selain mahligai berkenaan Aliff juga memiliki kediaman di Pavilion Kuala Lumpur dan penginapan diberi nama Sugeh Resort yang mengendalikan Sugeh Village di Sungai Buloh dan Sugeh Hill di Janda Baik, Pahang.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Be the first to comment on "Rupanya Punca Sebenar Keb4kran Dalam Rumah Dato Aliff Di Kenal Pasti"