“Tk Silap Org Dah..”- Bengᾰng Pelakon Tk Reti Berlakon, Wan Maimunah Ajar Pakai Rotan

Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan oleh salah seorang ahli produksi dalam sebuah telefilem ‘Derhaka Seorang Ibu’ yang akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi menarik perhatian para netizen apabila adegan Wan Maimunah yang inginkan kualiti seorang pelakon ditonjolkan apabila beliau memgeang rotan untuk mengajar si cilik sehingga menangis. 

Tangisan si cilik itu membuatkan ibu kepada si cilik tersebut turut merasa hiba namun apakan daya, itu merupakan proses pembelajaran untuk anak kesayangannya dan satu kebanggaan kerana diajar oleh pelakon yang begitu berbakat seperti Wan Maimunah.

Keratan klip yang menceritakan detik si cilik yang dikatakan susah untuk mengambil watak sebagai seorang anak yang baru lepas dipukul oleh seorang ibu itu tidak menjadi dan hasilnya, Wan Maimunah selaku pelakon otai yang begitu profesional menangani isu tersebut hadirkan diri untuk mengajar si cilik itu secara spontan agar si cilik tersebut berhasil berlakon dengan begitu sempurna. 

Wan Maimunah yang dikatakan begitu pentingkan kualiti seorang pelakon dalam filem yang akan ditayangkan itu, mangambil rotan dan menghentaknya di lantai untuk membuatkan si cilik tersebut mengeluarkan emosi yang takut dan akhirnya dapat mengalirkan air mata ketakutan dimana persis dengan skrip yang diberikan. Keadaan itu membuatkan para netizen cemburu akan kepada si cilik tersebut kerana belajar dari seseorang yang begitu berbakat dalam industri lakonan seperti Wan Maimunah.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen diberikan seperti:

@Iza Syakirin:nk didik jadi pelakon yg berbakat. mcm nie lah. terbaik. barulah boleh menang banyak award

@Ya_Seghedam:jaga2 mak wan…peragut tengah aim makwan tu..jangan jalan sorang2 dpn bank..

@aliffamirul:Fasha sandha patut beljar dgn ibu wan maimunah mcm mna cara nangis yg betul!

@Sarah:go dik go.. ni peluang awak jadi pelakon hebat macam nenek tu amik pengalaman yg baik pd mereka yg berjaya

@sha.my:Ni mesti nk bagi budak tu in character kan

@Rasyid Rosli:ibu kalo dia train org teater memang dia nak all out

@Mr Dimples:sebb ak dlu theatre, nk in mood bukn senng, lgi2 klau kau bdk , klau x biasa utk in-mood, dlu mmber ak smpai sruh mmber dia lempang supaya nangis

@¥¿ M one:ak pulak rasa nak nagis bila kena paksa ni

@AshmanBasri:She is an icon and living legend….we need an actress like her in the future

Namu jika mereka yang sudahpun mahir dalam bidang lakonan tersebut, jika melihat keadaan tersebut membuatkan mereka terhibur apabila Wan Maiunah berbuat demikian kerana itulah sifat pelakon tersebut jika berada di set penggambaran. Beliau yang begitu menjaga masa apabila berkarya dapat dilihat apabila beliau mampu mengajar si cilik tersebut hanya menggunakan rotan dan suara beliau yang dibuat menjadi seorang nenek yang begitu garang kepada cucunya. Si cilik tersebut semestinya berasa bangga kerana dapat didikan dari seorang pelakon yang begitu profesional. Semoga kualiti seorang pelakon dapat diatasi dari semasa ke semasa.

Sumber dari Tiktok dan Instagram

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://sinetronmalaya.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tk Silap Org Dah..”- Bengᾰng Pelakon Tk Reti Berlakon, Wan Maimunah Ajar Pakai Rotan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*