“Cantik G1ler”- [FOTO] Bekas Isteri Awie Ded4h Wajah Terkini 2 Puterinya Sampai Jadi Bualan Net!zen

Sedar tak sedar dah bergelar anak d4ra puteri-puteri Arni Nazira ni. Macam kembar pun ada. Semakin cantik dan ayu persis ibu mereka ketika muda. Terpesona dan tak jemu mata memandang!

Menurut perkongsian ekslusif Arni Nazira bersama Nona, Puteri Aleeya Antasha, 22, dan Puteri Aleefa Antasha, 20, masing-masing kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah kolej yang sama sekitar Kuala Lumpur dalam bidang event management.

Arni Nazira bersama dua anak dar4nya yang cantik manis, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.

Disebabkan minat serta hubungan dua beradik ini sangat rapat, kedua-duanya memilih bidang pengajian yang sama.

Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama bersama penyanyi rock tanahair, Awie namun mereka bercer4i pada tahun 2006.

Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan. Mereka dikurniakan 3 anak iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 12, Wan Ayesha Maserra, 10, dan Wan Muhammad Mushrief, 7.

Sebagai ibu, Arni tetap melayani anak-anak sama rata dan sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik. Arni turut mendd4hkan, kedua-dua Puterinya itu memiliki karakter yang berbeza. Namun begitu, perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi.

“Memandangkan Puteri Aleeya anak yang sulung maka kami menggelarnya Kakak. Dia seorang yang lembut, kakak yang penyayang dan sangat menjaga adik-adiknya. Memang terserlah karakter ‘anak sulung’ dalam dirinya.

Puteri Aleeya juga rajin mengambil tahu tentang adik adiknya yang lain. Disebabkan itulah dirinya menjadi lebih matang, bertanggungjawab dan berdikari. Memandangkan Puteri Aleeya tinggal di asrama maka kami jarang berjumpa. Hanya pada hujung minggu jika ada masa terluang kami akan bertemu.

Manakala Puteri Aleefa pula karakternya sedikit ‘kas4r’ berbanding kakaknya. Namun begitu, dia juga seorang yang sangat penyayang dengan adik-adiknya. Saya bersyukur kerana Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa mudah mendengar kata dan berfikiran matang.”

Cantik-cantik anak dara Arni Nazira.

Harapan Arni buat Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa agar mereka sentiasa menjaga diri dan yang paling penting menjaga solat.

“Kalau bertemu atau sekadar berbual dalam telefon itulah pesanan utama saya buat mereka setiap hari. Kami akan video call atau bermesej di WhatsApp. Saya mendoakan mereka menjadi anak-anak yang solehah, berakhlak mulia, kental jiwanya dan tidak mudah tersasar dari landasan hidup yang sebenar, Insya-Allah. Saya mahu yang terbaik buat anak-anak, bukan saja Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa bahkan anak-anak yang lain juga.”

Arni atau nama sebenarnya, Arni Nazira Anuar kini bahagia bersama kehidupannya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Menurutnya, dia sangat bahagia dan selesa dengan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu.

Sekitar tahun 90an, Arni popular dengan lagu berjudul ‘Cinta Antara Benua’ serta memiliki raut wajah yang lembut dan ayu. Kini hampir 12 tahun Arni menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali ke-2 pada tahun 2009.

Anak jati Terengganu ini mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Antara filem lakonan Arni ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Nona / https://bartasangbad.site/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Cantik G1ler”- [FOTO] Bekas Isteri Awie Ded4h Wajah Terkini 2 Puterinya Sampai Jadi Bualan Net!zen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*