KUALA LUMPUR – Kem4tian bayi Nour Rania Asyifaa ketika dalam jagaan di pusat asuhan di Seremban, Negeri Sembilan pada Februari lalu mendapat perhatian isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menerusi hantaran di Instagram beliau, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan semula kem4tian bayi tersebut susulan laporan bdah siasat yang meragukan.
“Bagi saya tidak masuk akal Baby Syifaa terj3rut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret.
“Dan lagi satu yang kawan saya pointed out, kesan di leher itu nipis. Kalau betul dijerut dengan buai, will it not show a thicker mark? Tak pernah saya tengok buai yang bertali nipis.
“PDRM, You need to re-investigate this case,” tulisnya dalam Instagram semalam.
Media sebelum ini melaporkan, bayi tersebut disahkan mennggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sendayan pada jam 4.30 petang selepas pengasuh wanita membawa m.angsa ke klinik untuk rawatan.
Hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban merumuskan tekanan pada leher menjadi punca kem4tian bayi tersebut.
Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan itu ditetapkan semula pada 29 Jun ini di hadapan hakim Mahkamah Koroner Seremban.
Hakim Mahkamah Sesyen, Rushan Lutfi Mohamed menetapkan tarikh itu selepas mahkamah dimaklumkan hakim koroner yang sepatutnya mengendalikan inkues itu bercuti kerana tidak sihat. – MalaysiaGazette
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : MalaysiaGazette
Be the first to comment on "Isteri TMJ gesa polis siasat semula kem4tian bayi Syifaa"