Filem Mat Kilau Catat Kutipan RM12.2 Juta. Kenali Siapa Sebenarnya Jutawan Penerbit Mat Kilau Ini

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam.

Filem itu sekali gus mengatasi kutipan filem Jurassic World dan Top Gun Maverick yang turut ditayangkan di Malaysia ketika ini.

Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menganggap kutipan yang dicapai setakat ini adalah luar biasa.

“Melihat kepada senario untuk filem Mat Kilau, kebanyakan ulasan daripada masyarakat yang belum dan sudah menonton mereka memberikan komen dan maklum balas yang sangat positif. Saya sangat bersyukur sebagai penulis filem ini juga kerana mereka menerima baik naskhah epik yang mengangkat tokoh Melayu kita iaitu Allahyarham Mat Kilau.

“Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.

“Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak hanya dalam kalangan peminat, filem Mat Kilau turut mendapat pujian penggiat filem tanah air seperti Datuk Afdlin Shauki.

Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As’ari dan ramai lagi.

Mat Kilau cetus fenomena baharu filem epik Melayu

Korang kena kenal orang ni. Ni dia,

Hj Abdul Rahman Mt Dali

Jutawan ummah. Owner Hospital Az Zahrah,Bangi.

Orang kaya yang habiskan 8 juta untuk buat filem dakwah patriotik. Duit Allah bagi dia tak habis. Dia guna pula untuk suntik rasa cinta dan sayang pada agama , bangsa dan tanah air. Kita bukan taksub pada

Melayu, tapi tanpa maruah bangsa kita akan dipijak dan hina. Ini mesej besar.

Harap muncul ramai lagi orang kaya bijak berani dan hebat seperti Hj Abd Rahman Mt Dali.

Pada jutawan dan orang orang yang rasa diri tu kaya, berhentilah buat content dan aksi yang mencemarkan maruah anda, kerana itu akan lebih memiskinkan diri anda. Gunalah duit untuk masa depan anak bangsa. Bukan kaya dan merosak keturunan kita. Contohilah jutawan penerbit Mat Kilau ini.

Ini baru betul kaya dunia akhirat.

Inshaallah.

Sumber: PU Amin

Sokongan ‘menggila’ filem Mat Kilau, penerbit luah rasa terharu

Penerbit dan pengarah urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali, meluahkan rasa syukur dan terharu apabila menerima respons luar biasa daripada peminat dan penonton terhadap filem terbitannya, Mat Kilau yang memulakan tayangannya pada 23 Jun lalu.

Menurut Abdul Rahman, sehingga kini respons yang menggalakkan diterimanya dan ia menyaksikan satu perkembangan yang sihat dalam industri perfileman tanah air.

“Pihak Studio Kembara berasa sangat bersyukur serta terharu di atas respon-respon positif dan sangat mengalakkan yang diterima dari pelbagai pihak termasuk media dan para penonton yang hadir ke panggung wayang sejak Khamis minggu lalu,”katanya.

Selain itu, kata Abdul Rahman, setelah sekian lama berusaha gigih untuk menghasilkan filem yang membangunkan kecintaan tanahair ini, ia telah disambut dengan begitu baik dan seharusnya ia menjadi satu penghargaan buat dirinya.

Malah kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke acara tayangan perdana filem tersebut turut menunjukkan bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

“Saya ingin merakamkan rasa dan penghargaan terima kasih khas kepada pihak Finas kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir.

“Kehadiran Pengerusi Finas, Datuk Seri Hajah Zurainah Musa dan Ketua Eksekutif Finas, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim ke tayangan perdana filem ini terus membuktikan komitmen pihak Finas untuk membantu memajukan industrI perfileman negara.

“Pihak Studio Kembara juga bersyukur ke hadrat Ilahi atas sambutan hangat yang diterima terhadap filem Mat Kilau- Kebangkitan Pahlawan serta ingin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penonton yang datang membanjiri pawagam- pawagam seluruh negara dan di Singapura serta Brunei. Kami merasa terharu atas sambutan yang sangat memberangsangkan ini,”katanya.

Selain itui, tambah penerbit ini lagi, catatan kutipan jualan tiket hari pertama yang dianggap sebagai rekod tertinggi memberikan makna yang sangat bererti kepada seluruh produksi dan tenaga kerja Studio Kembara malah buat industri ini amnya.

Ini antara lain katanya, memberikan mesej bahawa penonton ternanti-nantikan sekian lama sebuah filem seperti ini dan membuktikan mereka benar-benar menyokong penerbit yang mengeluarkan filem sebegini.

“Saya mendapat berita bahawa ada penonton yang sudah 50 tahun tidak memasuki pawagam namun terpanggil untuk menonton filem yang sarat mesej lagi menghiburkan ini.

“Filem ini berbaloi untuk ditonton kerana dengan pelaburan hanya sekitar RM20, penonton dapat berhibur serta mendapat intipati kepada pelbagai tajuk kefahaman asas berkaitan Islam dan kenegaraan, kecintaan pada tanahair, fiqah dalam mempertahankan tanah air, persaudaraan, amanah, kesetiaan kepada negara dan kesetiaan kepada persahabatan.

“Malah isu pembelotan dan khianat dari kacamata Islam dan kepimpinan dibawakan dalam filem ini,”katanya yang menyifatkan hanya dengan dua jam tontonan, segala ini dapat difahami.

kredit: utusan, pu amin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Filem Mat Kilau Catat Kutipan RM12.2 Juta. Kenali Siapa Sebenarnya Jutawan Penerbit Mat Kilau Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*