Pelakon cantik manis, Izara Aishah akui sedikit berkira untuk memilih watak yang ditawarkan oleh mana-mana produksi filem dan drama.
Menantu kepada penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza itu memberitahu, dirinya terpaksa menolak beberapa tawaran disebabkan tidak bersesuaian dengan imej terbarunya.
“Sekarang saya sangat memilih, ada banyak jugak tawaran yang saya terima, tapi kurang sesuai dengan keadaan saya yang sekarang ini.
“Bila dapat tawaran itu, saya akan lihat dulu, skripnya, jalan ceritanya dan produksi itu sendiri.
“Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk saya bekerja dan doakan saya terus kuat dengan penampilan diri saya yang sekarang ni,” katanya.
Izara ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun pertama Rizman Ruzaini Mono Scarves pada Sabtu yang lalu.
Pemilik nama Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 29, berkata, dengan keadaan sekarang yang bergelar seorang ibu, dia harus memberikan fokus kepada anak dan keluarga terlebih dahulu berbanding hal-hal lain termasuk lakonan.
“Dari dulu pun sebenarnya saya memang memilih watak yang saya boleh bawa, cumanya sekarang bila ada anak, itu adalah keutamaan saya. Seratus peratus kepada anak saya.
“Saya mengambil kira waktu shooting tu juga, kalau terlalu lewat saya akan deal dengan pihak produksi, dan alhamdulillah team yang saya bekerjasama setakat ini semuanya baik dan memahami,” tambahnya.
Ketika ditanyakan mengenai kepuasan dirinya di dalam bidang lakonan, Izara memberitahu dirinya tidak begitu puas sebagai seorang pelakon kerana menganggap masih baru di dalam industri.
“15 tahun dalam industri ini, jujurnya saya berada di antara dua keadaan, untuk kata puas pun tidak, untuk kata tak berapa puas pun tidak.
“Sebab minat saya memang suka sangat berlakon lebih-lebih lagi filem, kalau drama saya dah puas, kalau lakonan filem saya masih ingin lagi.
“Dari dulu saya suka sangat watak-watak bersahaja dan senang untuk dibawa, watak-watak sebegitu saya akan pilih dahulu, saya lebih suka watak sporting,” jelas Izara.
Dalam perkembangan lainnya, Izara kini dalam perancangan untuk mengusahakan bisnes bersama ahli keluarganya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://gempak.com
Be the first to comment on "“Nak Kata Puas Pun Tidak, Nak Kata Tak Puas Pun Tidak…” – Izara Aishah"