Muat Naik Gambar Berdua, Ibu Mentua Siap ‘Mention’ Puteri Sarah Isteri Syamsul Yusof – ‘Ini Lagi Win Perli’

Kemelut rumah tangga yang dihadapi aktres cantik, Puteri Sarah Liyana dengan pengarah filem tersohor, Syamsul Yusof bukan lagi rahsia. Meskipun rumah tangga dilanda badai, Puteri Sarah mendedahkan bahawa keluarga mentua iaitu ibu bapa kepada Syamsul Yusof sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Perkongsian ibu mentua Puteri Sarah

Sebelum ini, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail pernah membuka mulut mengenai situasi hubungan Syamsul dan Puteri Sarah. Malah Datin Fatimah juga pernah menasihati individu yang menjadi pengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka agar bertaubat. Tidak terhenti di siti, Datin Fatimah ada memuat naik foto anak dan menantunya bersama cucu di saat mengecap kebahagiaan dengan berlatar belakangkan lagu yang agak sedih daripada Opick berjudul ‘Cahaya Hati’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Patimah Ismail (@dpatimah012)

Menerusi perkongsian terbaharu Datin Fatimah Ismail di Instagram, dia telah berkongsi gambarnya sedang makan tengah hari bersama menantunya, Puteri Sarah. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis oleh Datin Fatimah dengan memberitahu bahawa Puteri Sarah adalah isteri kepada anak lelakinya, Syamsul Yusof.

Lunch bersama menantu saya, isteri Syamsul Yusof, Alhamdulillah.

Menjengah ke ruangan komen, Puteri Sarah turut membalas hantaran yang dibuat oleh Datin Fatimah dengan menyatakan rasa sayang terhadap ibu mentuanya itu. Meskipun Datin Fatimah tidak menyebut nama mana-mana individu namun kebanyakan netizen membuat andaian bahawa kapsyen tersebut ditujukan kepada ‘orang ketiga’ yang menjadi pengganggu hubungan Syamsul dan Puteri Sarah.

Tidak terhenti di situ, rata-rata netizen memuji keakaraban antara Puteri Sarah dan keluarga mentuanya bahkan netizwn berharap agar hubungan baik antara mereka akan berkekalan dan bahagia selama-lamanya.

Komen netizen

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : OhBulan

Apa komen anda?