Shuib Nekad Tidak Lagi Terlibat Dalam Sepahtu Reunion

Selepas lebih setahun tidak terlibat dengan program televisyen mahupun di pentas, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia sudah bersedia untuk kembali aktif.

Kini kembali bergelar penyampai radio di Suria FM, sudah pasti ramai yang mahu melihat Shuib kembali muncul di program Sepahtu Reunion.

Memetik mStar Online, bagaimanapun Shuib berkata dia tidak mungkin kembali menyertai program tersebut serta mengatakan hanya pihak produksi yang lebih tahu sebabnya.

“Ada sebab mengapa saya tak mahu lagi terlibat dalam program tersebut. Pihak pengurusan tertinggi produksi tahu jawapannya dan saya anggap mereka bertanggungjawab kenapa saya tidak ada lagi dalam program tersebut.

“Mereka ada berbincang untuk saya kembali. Namun rasanya tidaklah buat masa ini. Saya pun tak mahu nak panjangkan cerita dan komen lanjut tentang apa yang telah terjadi,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib menafikan berlaku perselisihan faham antaranya dengan ahli kumpulan tersebut termasuk Mamat sebaliknya mereka semua sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Saya dengan Mamat pun sudah lama tidak berhubung. Walaupun tinggal berdekatan tapi kami tak pernah berjumpa. Takut nak katakan tidak mahu kembali bersama sebab kita tak tahu apa akan terjadi di kemudian hari.

“Bagaimanapun buat masa sekarang saya boleh katakan tidak akan bergabung kembali. Orang mungkin kata hubungan kami tidak baik, sebenarnya tak ada sebarang masalah pun  cuma masing-masing sibuk dengan kerja sendiri,”  katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : rotikaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Shuib Nekad Tidak Lagi Terlibat Dalam Sepahtu Reunion"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*