Tahniah! Berpakaian Sedondon Serba Putih, Nad Zainal & Ungku Ismail Sah Bernikah 23 Januari Lalu

Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz selamat bergelar suami isteri 23 Januari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran Instagram Nad, pelakon Takdir Yang Tertulis itu berkongsi foto mereka berdua selepas sah bergelar suami isteri.

Nad juga berkongsi foto mas kahwinnya yang bernilai RM1,000 dan mengesahkan bahawa pasangan itu telah selamat bernikah pada 23 Januari lepas.

Sebelum itu, Nad memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan sosok lelaki dan perempuan berpegangan tangan sambil berjalan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Menerusi video tersebut, pasangan tersebut mengenakan pakaian serba putih dalam perkarangan sebuah masjid dan ramai menjangka individu dalam video tersebut adalah Nad dan Ungku.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Menjengah di ruangan komen, ramai rakan selebriti meninggalkan komen berupa ucapan tahniah dan menzahirkan rasa syukur buat mereka.

Tidak kurang juga ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminatnya malah turut gembira kerana Nad dan Ungku berkahwin akhirnya.

Berdasarkan pemerhatian, Ungku juga memuat naik video yang sama beserta sebuah kata petikan yang menyatakan mengenai cinta.

Sebelum ini, Nad mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirudin pada tanggal 18 Disember 2015 dan berpisah pada tahun lalu.

Mereka dikurniakan dua cahaya Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : xtra

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tahniah! Berpakaian Sedondon Serba Putih, Nad Zainal & Ungku Ismail Sah Bernikah 23 Januari Lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*