Lelaki Ini Dedah Sesuatu Tentang Achey, Tapi Respon Balas Achey Sangat Mengejutkan

PELAWAK dan penyanyi Achey berang dengan tindakan seorang individu yang mendakwa seolah-olah dia sudah lupa diri terutama selepas bergelar selebriti popular.

Individu yang menggunakan nama @mustaqim04_ turut mendakwa Achey bertindak meninggikan suara terhadap peminatnya dalam sebuah program konvoi motosikal awal bulan lalu.

“Sejak-sejak dah famous ni dah sombong sekarang. Dekat event tu aku perhati je kau buat dekat peminat kau.

Seorang lelaki meninggalkan komen buruk pada salah satu posting yang dimuat naik Achey di laman Instagram.

“Lepas tu nak tinggi-tinggikan suara. Ingat, Allah nak menguji kita bila kita di atas,” tulisnya.

Lelaki tersebut meninggalkan komen negatif itu menerusi salah sebuah posting yang dimuat naik Achey pada Khamis.

Menerusi posting berkenaan, Achey berkongsi mengenai kecederaan pada bahagian kaki sewaktu bermain sukan motor lasak (motorcross) baru-baru ini.

Achey yang menafikan tuduhan itu kemudiannya membalas semula komen yang ditinggalkan lelaki berkenaan.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 33, dia tidak pernah mengabaikan peminatnya malah turut meluangkan masa untuk bergambar sehingga tamat program itu.

“Kau kenapa dik? Tak pernah lagi masalah tiba-tiba kau muncul entah mana punya tragedi.

“Dekat event tu hampir habis majlis aku bergambar dengan fans tahu tak?

“Dah tu, ayat kau perhati je aku tu dah kenapa? Ada benda yang kau dah simpan lama dengan aku ke ni? Kau pun aku tak kenal, nak tembak-tembak orang ni, kau ingat tuhan ke tidak ni?” soalnya.

Apa komen anda?