Akhirnya… Elly Mazlein Dedah Wajah Bakal Suami, Cikgu Asal Kelantan!

Setelah lebih setahun ‘sorok’ wajah bakal suami, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein akhirnya mendedahkan wajah si dia, Mohamad Azlan di majlis malam berinai yang berlangsung hari ini.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dan pasangannya tampak anggun sedondon mengenakan persalinan songket rona biru yang direka rekaan Jimmy Couture dan ditatarias oleh Gabriel Padan.

Kehadiran bakal suami bintang Kampung People itu diiringi dengan alunan kompang lima beradik masuk ke dalam dewan.

Majlis yang bertemakan Cik Siti Wan Kembang itu diraikan di Dewan Sri Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Malam yang penuh dengan adat tradisi negeri Kelantan turut dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri ahli keluarga, rakan terdekat dan media.

Elly dan pasangan yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan serta para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan silat selain ucapan dari wakil kedua ahli keluarga.

Keduanya bakal disatukan pada Sabtu dan disusuli dengan majlis resepsi pada hari yang sama.

Elly sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan Mohamad Azlan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 17 Disember tahun lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Akhirnya… Elly Mazlein Dedah Wajah Bakal Suami, Cikgu Asal Kelantan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*