“Hati aku remvk, selain simpati apa lagi yang boleh aku bantu?” – Azhan Rani kongsi berita pertama di Utusan

BERITA mengenai Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bakal menutup operasinya dalam masa terdekat turut menyentuh hati pelakon Azhan Rani.

Azhan, 43 berkata, akhbar tertua di Malaysia itu banyak membantu kerjaya seninya dan pernah mendapat liputan buat pertama kali pada tahun 1994.

“Terlalu banyak Utusan mengiringi perjalanan seni aku, terbayang wajah-wajah wartawan Utusan dan Kosmo! yang pernah temu bual aku, buat photoshoot, sidang media dan sebagainya hati ini jadi sayu.

Aku hanya orang kecil, selain kata semangat dan simpati apa lagi yang boleh aku buat. Berita Utusan dan Kosmo! akan berkubur ni buat hati aku remuk,” ujarnya.

Pelakon drama bersiri Nur ini juga memuat naik keratan akhbar pertama mengenai dirinya pada 24 September 1994 itu menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Sebelum ini, syarikat akhbar Melayu itu dilaporkan berhadapan dengan masalah kegagalan membayar gaji pekerja hampir tiga bulan menyebabkan ada di antara mereka tidak dapat menampung kehidupan harian.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak berkata jika aset-aset milik Utusan tidak terjual dalam tempoh terdekat ini, tidak ada jalan lain selain menutup operasi.

Dalam pada itu, Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani merayu mana-mana pihak yang mempunyai kuasa membantu menyelamatkan syarikat tersebut.

“Terlalu banyak jasamu Utusan bukan saja untuk perjalanan seni tapi perjalanan Malaysia ini. Ya, usia Utusan sendiri lebih dari usia kemerdekaan negara ni.

“Antara kata-kata akhir perbualan dengan rakan wartawan aku tadi ‘datanglah malaikat ambil Utusan dan jaga dia, kami akan kerja dengan penuh dedikasi’”.

“Runtun hati aku mendengar luahan ini. Mohon siapa pun yang punya kuasa, punya pengaruh, punya wang, punya kepercayaan yang kami rakyat Malaysia berikan, selamatkanlah akhbar yang pernah menjadi akhbar kesayangan rakyat malaysia ini,ujarnya.

 Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Hati aku remvk, selain simpati apa lagi yang boleh aku bantu?” – Azhan Rani kongsi berita pertama di Utusan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*