“Belanja Gambar Bakal Suami,” – Elly Mazlein Langsung Malam Berinai Hari Ini, Bakal Jadi Isteri Cikgu Asal Kelantan

Menghitung detik bakal diijabkabul bersama lelaki pilihan hati, Mohamad Azlan pada Sabtu, 18 Januari, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein ada berkongsi satu foto yang mana persiapan untuk majlis malam berinai sedang dijalankan.

Bintang Kampung People itu bakal menganjurkan majlis tersebut hari ini, di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sedang.. Decoration dari @achare.lapanbelas utk majlis malam berinai esok , 17 January 2020💅👨‍👩‍👧❤ . InsyaAllah Esok kakak lina akn lanja gambar bakal suami #PapaAwanNano & juge Sefhia😍😍😍 . Jgn lupa Saksikan secara live sepanjang majlis Mlm berinai esok di Channel YouTube #DuniaEllyMazlein . Doakn moga Semua berjalan dgn lancar ya . Ada apa2 pesanan utk kepom?

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

“InsyaAllah esok Kak Lina akan belanja gambar bakal suami #PapaAwanNano dan juga Sephia,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.

Majlis tersebut juga boleh disaksikan peminat secara langsung menerusi saluran YouTube bintang berkenaan.

MH sebelum ini ada berkongsi mengenai perancangan Elly bersempena dengan hari bersejarahnya selain turut mengakui, tarikh pernikahan turut dipercepatkan setelah berbincang kedua belah keluarga.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan 17 Disember lalu di World Trade Centre, Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih 200 tetamu terdiri dari ahli keluarga kedua belah pihak termasuk rakan media.

Pasangan ini saling berkenalan lebih setahun lalu. Bakal suaminya yang sinonim dengan panggilan Papa Awan Nano berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan bertugas sebagai seorang guru.

Foto: Instagram Elly Mazlein

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Belanja Gambar Bakal Suami,” – Elly Mazlein Langsung Malam Berinai Hari Ini, Bakal Jadi Isteri Cikgu Asal Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*